suria

Saham MAS Susut 13.33 Peratus

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines muncul sebagai saham paling aktif, susut sebanyak 13.33 peratus dalam dagangan awal Jumaat selepas pesawat penumpang milik syarikat penerbangan itu terhempas di sempadan Ukraine-Rusia.

Pada 9.58 pagi, saham Malaysia Airlines susut tiga sen kepada 19.5 sen dengan 281.162 juta saham bertukar tangan. Ia mencecah paras paling rendah dalam tempoh tiga minggu pada pembukaan iaitu 19 sen.

Penerbangan MH17 hilang daripada skrin radar di timur Ukraine kira-kira 1415 GMT, beberrapa jam selepas Boeing 777 itu yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam.

MAS mengesahkan pesawat itu membawa 298 orang. Nahas itu mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal.



MAS, MH17

Artikel Sebelum

OCBC Bank PKS Terbaik

Artikel Lain