suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kenaikan OPR Tidak Beri Kesan Kepada Pelabur

KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) yang diumumkan pada Khamis tidak akan banyak memberi kesan kepada sentimen dan keyakinan pelaburan atau pelabur, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Malaysia akan terus menjadi destinasi menarik bagi pelaburan dan menarik bukan hanya kepada mereka dari luar negara tetapi juga di dalam negara.

"Kenaikan OPR adalah minimum dan ia mempunyai kaitan dengan gambaran lebih besar dari segi kedudukan ekonomi, seperti kenaikan kecil kadar inflasi dan hutang domestik," katanya kepada pemberita pada pelancaran laporan 2013 kementeriannya, di sini, Jumaat.

Bank Negara Malaysia mengumumkan kenaikan 25 mata asas OPR kepada 3.25 peratus.

Mustapa berkata perlu ada sedikit pelarasan dibuat kerana terdapat kebimbangan kebelakangan ini tentang saiz hutang isi rumah dan beliau percaya ini telah diambil kira.

"Langkah ini (kenaikan OPR) akan mengurangkan sedikit peningkatan hutang isi rumah.

"Mungkin ada sedikit kesan kecil kepada penggunaan domestik. Tetapi pada pandangan saya, ia tidak banyak.

"Dalam pada itu, rakyat Malaysia perlu lebih berhati-hati dari segi penggunaan," katanya. 


OPR, Pelabur

Artikel Lain