suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MAVCAP Lantik Pengerusi Baharu

KUALA LUMPUR: Malaysia Venture Capital Management Bhd (MAVCAP) pada Rabu mengumumkan pelantikan Abdul Rahim Abdul Hamid sebagai Pengerusinya yang baharu, berkuat kuasa 1 Julai, 2014.

Dalam satu kenyataan, ia berkata ini susulan persaraan Pengerusinya sebelum ini, Tan Sri Datuk Dr Abdul Samad Haji Alias.

"Sebagai Pengerusi MAVCAP sejak penubuhannya pada 2001, sumbangan beliau amat berharga dan kami berterima kasih kepada beliau kerana wawasan dan kepimpinannya selama ini," katanya.

MAVCAP ialah sebuah syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan yang menceburi kegiatan pelaburan modal teroka bagi perusahaan kecil dan sederhana dalam sektor ICT dan teknologi. 


MAVCAP

Artikel Lain