suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Paddington Pancakes, Coolblog Menang Anugerah FIM

Antara premis Coolblog yang menampilkan imej ceria.

KUALA LUMPUR: Dua francaisor menerima anugerah pada majlis jamuan malam Franchise International Malaysia (FIM) 2014, pada malam Jumaat.

Daripada 60 francaisor tempatan dan 23 antarabangsa yang mengambil bahagian pada pameran tiga hari itu, Paddington Pancakes Sdn Bhd meraih anugerah gerai standard terbaik manakala Coolblog Dessert Sdn Bhd menerima anugerah rekaan gerai istimewa terbaik.

"Kedua-dua syarikat ini masing-masing menerima sijil dan rebat bernilai RM5,000, untuk edisi FIM tahun depan," kata seorang jurucakap Persatuan Francais Malaysia (MFA) kepada Bernama, di sini.

Anugerah disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

FIM adalah pameran dan persidangan francais terbesar tahunan di Asia Tenggara dan satu-satunya acara francis disahkan oleh kementerian dan persatuan itu.

Mencapai usia 21 tahun dengan rekod penganjuran yang terbukti, FIM adalah pertemuan penggiat francais tempatan dan antarabangsa.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain