Syarikat China-Malaysia Perlu Manfaat Pasaran Ketiga - Mustapa

Mustapa mengadakan pertemuan dengan wakil Malaysia di Beijing.
BEIJING: Kerjasama antara syarikat China dan Malaysia untuk memanfaatkan pasaran negara ketiga boleh mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, syarikat China boleh menggunakan lokasi Malaysia di tengah-tengah Asean sebagai papan loncatan terbaik untuk memasuki pasaran dunia ketiga.

"Saya percaya apabila lebih banyak syarikat China bekerjasama dengan syarikat Malaysia bagi memanfaatkan pasaran dunia ketiga dan juga kecekapan antara satu sama lain, hubungan kita akan bertambah kukuh lagi," katanya pada Forum Ekonomi Peringkat Tinggi Malaysia-China, di sini, Sabtu.

Forum tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut hadir ialah Naib Perdana Menteri China, Wang Yang.

Mustapa berkata, Malaysia mengiktiraf sumbangan amat besar komuniti perniagaan kedua-dua negara yang memungkinkan bagi Malaysia dan China menjadi rakan dagangan utama dalam tempoh masa yang singkat.

Beliau berkata, komuniti perniagaan di Malaysia dan China telah merapatkan hubungan kedua-dua negara berbanding sebelum ini dan hubungan itu dijangka bertambah erat lagi di masa depan.

Menurutnya, lawatan beliau ke China, yang bermula dengan misi perdagangan dan pelaburan ke China dan Guangzhou diikuti lawatan ke Xi'an dan Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan dua hala Malaysia-China, telah memberikan motivasi dan keyakinan tinggi kepada beliau bahawa hubungan perniagaan antara Malaysia dan China boleh berkembang lebih pesat lagi pada masa akan datang.

Forum perniagaan itu merupakan sebahagian daripada Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia-China yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Kementerian Perdagangan China (Mofcom) dan Majlis Perniagaan Malaysia-China (MCBC).

China menjadi rakan dagangan tunggal terbesar Malaysia selama lima tahun berturut-turut dengan jumlah nilai perdagangan tahun lepas melebihi US$106 bilion.

Malaysia merupakan rakan dagangan kelapan terbesar China tahun lepas dan terbesar di Asean.

Negara juga merupakan sumber import keenam terbesar China dan destinasi eksport ke-11 terbesar tahun lepas. 


Artikel Sebelum

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain