Mary Kay Unjur Tingkat Perniagaan Di Malaysia

Produk Mary Kay yang mendapat sambutan di pasaran Malaysia.
KUALA LUMPUR: Jenama kosmetik dan kecantikan antarabangsa, Mary Kay, menjangka dapat melipatgandakan perniagaannya di Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pengurus Besar Mary Kay Malaysia & Singapura Nasution Abdul Rahman berkata, Malaysia merupakan antara pasaran paling pesat berkembang bagi Mary Kay, dengan mencatatkan pertumbuhan hampir 20 peratus bagi tiga tahun lalu.

"Kami mempunyai visi yang sangat jelas bagi Malaysia. Hari ini, kami mempunyai lebih daripada 11,000 perunding kecantikan, menjelang lima tahun akan datang, kami akan mempunyai 30,000 perunding kecantikan," katanya kepada Bernama.

Nasution, yang menyertai Mary Kay pada 2011 dengan 24 tahun pengalaman dari syarikat multinasional lain, berhasrat untuk memacu perniagaan ke hadapan dengan hasil jualan yang kukuh dan pertumbuhan tenaga jualan bebas.

Walaupun pasaran keseluruhan bagi Mary Kay merentasi semua kaum dan kumpulan umur, Nasution berkata pasaran yang paling pesat berkembang bagi Mary Kay di Malaysia ialah dari segmen Generasi-Y (Gen-Y).

Beliau berkata, Malaysia mempunyai antara penduduk yang paling muda di dunia dengan lebih 40 peratus adalah Gen-Y.

Portfolio produk Mary Kay terutamanya penjagaan kulit, kosmetik dan wangian. Yang terbesar ialah produk penjagaan kulit, menyumbang lebih daripada 50 peratus daripada pendapatannya.

"Produk kami setanding atau lebih baik daripada mana-mana jenama antarabangsa terkenal. Perbezaan sebenar kami ialah kami tidak hanya menjual produk tetapi juga mengubah kehidupan perunding kecantikan kami. Itu yang membezakan kami daripada syarikat lain," kata Nasution.

Beliau berkata, cara Mary Kay menjalankan perniagaannya adalah serupa dengan mana-mana syarikat multinasional.

"Satu-satunya perbezaan adalah saluran pengedaran. Daripada menjual melalui peruncit, kami menjual melalui perunding kecantikan individu untuk perkhidmatan peribadi. Pengguna boleh mencuba sebelum mereka membeli," katanya.

Nasution berkata, Mary Kay mendidik dan memberi panduan kepada semua perunding kecantikan tentang pengetahuan mengenai produk, strategi pemasaran dan kepimpinan.

"Perunding kecantikan kami gembira bekerja dengan kami. Mereka berkembang dengan kami. Kami memberi peluang kepada semua orang. Malah, perunding paling muda mendapat ganjaran kereta merah jambu Toyota Altis Mary Kay baru berusia 22 tahun," tambah Nasution.

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain