suria

Desa Murni Labur RM2 Juta Untuk Produk Musim Perayaan

Gambar Hiasan. Suhaimi (kanan) mempamerkan antara produk yang dihasilkan syarikatnya.

KUALA TERENGGANU: Desa Murni Sdn.Bhd (DMSB), sebuah syarikat pengeluar batik sutera digital bumiputera di sini, memperuntukkan RM2 juta untuk perniagaannya menjelang musim perayaan ini.

Pengarah Urusannya, Suhaimi Embong berkata, peruntukan itu untuk membeli barangan dari negara-negara seperti China, Indonesia dan Vietnam bagi memenuhi cita rasa pelanggannya.

"Antara barangan tersebut ialah tudung wanita, pakaian kanak-kanak, baju sembahyang dan sebagainya.

"Ia akan dijual melalui rangkaian DMSB di Terengganu iaitu DMSB Dungun, Kuala Berang, Gong Kapas, Batu 6 dan Pengadang Baharu," katanya kepada Bernama, Rabu.

Sempena 40 tahun penubuhan DMSB, Suhaimi juga berkata syarikat itu mengadakan jualan murah di rangkaiannya di Terengganu selama sebulan dari 16 Mei lalu.

Selain Terengganu, DSMB turut mempunyai 12 cawangan lain di Kelantan, Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur.

Artikel Lain