suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AirAsia Guna Sistem Pemeriksaan Interpol

KUALA LUMPUR: AirAsia bakal merintis penggunaan 'I-Checkit', sistem pemeriksaan polis antarabangsa (Interpol), bagi meningkatkan keselamatan perjalanan antarabangsa.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata semua pasport penumpang prospektif akan disemak dengan pangkalan data Dokumen Perjalanan Hilang dan Curi (SLTD) Interpol.

"Apabila dilaksanakan lewat bulan ini, projek perintis itu bakal menyaksikan AirAsia menjadi syarikat penerbangan pertama menyepadukan I-Checkit dengan sistem mereka sendiri semasa fasa daftar masuk dalam keseluruhan rangkaian antarabangsanya, membolehkan nombor pasport penumpang disemak dengan pangkalan data SLTD Interpol, yang memuatkan lebih 40 juta rekod dari 167 negara," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menerusi kenyataan itu berkata bahawa kerjasama tersebut akan menyumbang kepada usaha meningkatkan keselamatan penumpang serta menyokong usahanya menawarkan tambang rendah dengan jaminan tambahan yang ditawarkan oleh sistem dan kerjasama itu.

Sistem I-Checkit akan digunakan dalam keseluruhan operasi antarabangsa AirAsia, meliputi rangkaian 100 lapangan terbang di Asia dan 600 penerbangan antarabangsa sehari ke lebih 20 negara di seluruh dunia.

Setiausaha Agung Interpol Ronald K Noble berkata kerjasama itu akan meningkatkan tahap keselamatan penumpang.

"AirAsia telah menetapkan standard baharu bagi keselamatan syarikat penerbangan dengan menyemak pasport semua penumpang antarabangsa dengan pangkalan data Interpol," katanya.
AirAsia, Tony Fernandes, Interpol

Artikel Lain