suria

Ford Buka Pusat 3S Di Klang

KUALA LUMPUR: Ford Motor Co, melalui rakan pengedarnya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC), mengumumkan pembukaan Pusat 3S khusus untuk jualan, perkhidmatan dan alat ganti di Klang, Selangor.

Dalam kenyataan pada Jumat, syarikat itu berkata, Pusat 3S baharu itu merupakan penambahbaikan penting daripada kemudahan sebelum ini, termasuk sebuah bilik pameran, pusat perkhidmatan dan jabatan alat ganti yang dikendalikan oleh Semangat Anggun Auto Sdn Bhd.

"Pusat 3S Ford Klang mempunyai bilik pameran yang dibuka tujuh hari seminggu dan akan mempamerkan satu rangkaian kenderaan Ford global yang boleh diperoleh di Malaysia, termasuk jenis Fiesta 1.0L EcoBoost dan 1.5L baharu, Kuga, Focus dan Ranger.

"Kemudahan dinaik taraf itu kini mempunyai ruang mesra pengguna yang lebih selesa dengan Wi-Fi percuma, TV dan kemudahan lain yang memastikan kesejahteraan pelanggan," kata Pengarah Urusan untuk Malaysia dan Pasaran Pesat Membangun Asia Pasifik, David Westerman.

Ford kini mempunyai 47 lokasi jualan di seluruh negara, yang menawarkan jualan dan perkhidmatan, dengan rancangan mewujudkan 50 lokasi tahun ini.


Ford, Klang, Pusat 3S

Artikel Lain