suria

Datasonic Peroleh Dua Kontrak Bekal MyKad

KUALA LUMPUR: Unit milik penuh Datasonic Group Bhd, Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB), menerima surat anugerah (LoA) daripada Kementerian Dalam Negeri untuk membekalkan MyKad baharu dengan 100 peratus bahan polikarbonat dan ciri-ciri keselamatan baharu.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Datasonic berkata tugas pertama, bernilai RM72 juta, membekalkan empat juta MyKad baharu kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi tempoh enam bulan bermula 1 Jan hingga 30 Jun, 2014.

Kontrak kedua Datasonic membekalkan tambahan 10 juta MyKad baharu bersama 10 juta bahan kegunaan kepada JPN, tugasan bernilai RM220.20 juta bagi tempoh dua tahun dari 1 Julai, 2014 hingga 30 Jun, 2016.

Selain itu, DTSB juga perlu membekalkan sistem percetakan dan peralatan teknologi maklumat bernilai RM16.89 juta.

Menurut Datasonic, kontrak tersebut dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan itu bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2015.


LoA, JPN

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain