suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Untung Sebelum Cukai Suku Pertama Cypark Naik Kepada RM8.094 Juta

Datuk Daud Ahmad
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Cypark Resources Bhd untuk suku pertama berakhir 31 Januari 2014 meningkat kepada RM8.094 juta berbanding RM7.047 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Pendapatan syarikat itu naik kepada RM51.464 juta semasa tempoh kajian berbanding RM50.971 juta yang dicatat setahun lalu, kata Cypark dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Daud Ahmad, berkata potensi pelaksanaan sistem grid pintar untuk Malaysia di samping pengumuman baru-baru ini mengenai mekanisme khas untuk 'solar photovoltaic' berskala utiliti besar serta kuota yang akan ditetapkan untuk Sabah, terutama solar, menjadi petanda baik pertumbuhan masa depan sektor tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.

"Cypark berhasrat untuk memanfatkan potensi perniagaan progresif ini sebagai saluran untuk meneruskan pengembangan perniagaan tenaga boleh diperbaharui kami," kata Daud.

Cypark Resources Bhd

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain