suria

Anak kagum ibu bijak, boleh ramal masa depan! Dulu miskin sampai tak masuk IPT, tapi anak-anaknya selesa sejak lahir

Sha memuji ibunya di halaman Twitter sehingga menjadi tular di media sosial.

KESUSAHAN yang pernah dilalui sehingga perlu melupakan impian membuatkan seorang ibu berusaha keras untuk membesarkan anak-anaknya.

Baginya kesukaran yang dihadapi semasa kecil bukanlah untuk diwarisi.

Disebabkan itu, Aida Abd Samat sanggup membanting tulang sejak usianya 21 tahun bagi memastikan setiap anaknya hidup selesa di samping berpendidikan tinggi.

Kisahnya diceritakan oleh anak sulung di halaman Twitter sehingga tular, susulan menggunakan duit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk urusan pendidikan tinggi.

Ciapan Sha susulan hantaran seorang pelayar Twitter tentang simpanan pendidikan anak-anak.

Ciapan Sha susulan hantaran seorang pelayar Twitter tentang simpanan pendidikan anak-anak.

Bercerita mengenai wanita berusia 50 tahun itu, anaknya Noor Natasha Idayu Hairulnizam berkata, kehidupan ibunya susah sehingga tidak dapat menyambung pengajian meskipun menerima tawaran universiti.

"Disebabkan atuk tak mampu nak bayar yuran, mama tak dapat belajar universiti walaupun mendapat tawaran. Jadi mama ambil keputusan untuk tidak sambung belajar dan mencari kerja.

"Masa tu, mama katakan pada dirinya yang dia akan bekerja bersungguh-sungguh untuk mencari duit bagi membantu keluarga. Tapi disebabkan tidak berpendidikan tinggi, mama perlu berusaha keras sejak 1994 sehingga menjadi blue eyed girl (kegemaran) para bos sebab sangat rajin.

"Disebabkan itu jugalah mama cepat naik pangkat," ujarnya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar MRSM sedih dikelilingi rakan dari keluarga kaya, 2 tahun belajar tanpa iPad! Kini ‘lompat’ ke T20, umur 19 tahun jana 9K sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar 10A SPM kembali kejar cita-cita selepas perkahwinan di usia 18 tahun gagal, masih ‘power’ sekali interview terus dapat biasiswa

Berpegang teguh pada iltizam, wanita yang berasal dari Felda Palong 1, Negeri Sembilan ini nekad untuk memastikan anak-anaknya berpendidikan tinggi supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih baik di masa hadapan.

"Selepas berkahwin dan dapat anak, mama beritahu pada diri, yang dia tak mahu anak-anaknya susah macam yang dilaluinya. Paling kurang pun, kami ada segenggam diploma.

"Jadi apabila dapat anak, perkara utama yang mama buat ialah tabung pendidikan... dahulu jarang ada makluman tentang rancangan simpanan tapi apabila mama dah naik pangkat, ada kawan beri pendedahan tetang tabung pendidikan seperti SSPN dan life insurance saving plan.

My mom kerani cabuk tapi farsighted despite her struggles, she menabung sejak I kecil sampailah years later I dapat guna buat Masters di Belanda.

WARGA MAYA

"Kedua-dua simpanan ni boleh dikeluarkan semasa kami berusia 18 tahun iaitu umur untuk melanjutkan pelajaran. Tabung Haji pun mama buka akaun untuk masukkan duit raya yang kami peroleh," ceritanya lagi.

Setiap tindakan yang dilakukan ibunya dahulu ternyata membuahkan hasil.

Malah dia sambung belajar kursus Diploma Perniagaan Antarabangsa di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menggunakan duit SSPN yang disimpan ibunya sejak kecil selain turut mempunyai beberapa lagi simpanan seperti Tabung Haji dan wang insurans yang boleh digunakan untuk masa hadapan.

Menurut gadis berusia 24 tahun itu lagi, setiap perancangan dan tingkah laku ibunya membuatkan dia berasa bangga.

Sha bersama seluruh keluarganya.

Sha bersama seluruh keluarganya.

Mana tidaknya, persekitaran yang dilalui ibunya dahulu telah mendorong dia fasih bertutur dalam bahasa Mandarin.

"Dulu mama dikelilingi dengan kawan berbangsa Cina sampai mama boleh cakap Kantonis sikit-sikit... sepanjang masa, jadi mama dah terbiasa dan masa tu my mom believe once you can speak Chinese, people will respect and you will become special to them.

"Sebab itulah masa saya dan adik lahir mama nak hantar ke sekolah Cina, sampai satu tahap mama sanggup spend for me to join advance Mandarin Class di UiTM for extra class. Saya pun tak tahu yang mak daftarkan untuk kelas tu," ujarnya yang tidak pernah berasa hidup dalam kekurangan meskipun dibesarkan oleh ibu tunggal.

Menyifatkan ibunya sebagai seorang yang sempurna, dia yang mesra disapa Sha berkata, setiap perkara boleh dilakukan ibunya termasuklah bertukang dan menukar lampu selain sentiasa memastikan rumah berada dalam keadaan bersih walaupun pergi dan balik kerja 'gelap'.

Tidak dinafikan kehidupan yang dilaluinya agak padat, namun Sha mengakui dia tidak pernah rasa terbeban sebaliknya bersyukur dengan 'jadual' yang dibuat ibunya itu.

Sha bersama ibu, ayah dan ayah tirinya (kiri).

Sha bersama ibu, ayah dan ayah tirinya (kiri).

"Saya rasa kami yang membebankan mama sebab nak membesarkan anak memang mencabar sama ada dalam aspek duit, masa mahupun tenaga.

"Jadi, sekarang saya berterima kasih pada mama kerana membesarkan kami tanpa merungut pun," luah anak kelahiran Klang, Selangor yang kini bertugas sebagai kakitangan sumber manusia.

Terdahulu, perkongsiannya itu mencapai 3.3 juta pelayar Twitter selain turut dikongsikan di beberapa platform lain.

Rata-rata warga maya memuji usaha yang dilakukan ibunya.

"Jangan terasa guys if parents kamu tak berkemampuan. My parents pun tak buat semua tu sebab financial problem. She just want to praise her mom and yas she should be proud.

"You have an amazing mom kirim salam dekat mak. Saya pun ada anak umur 1 tahun cuba jadi macam mak awak, saya dah sediakan SSPN and TH lepas lahir terus kabut buatkan akaun. Tak pernah miss masuk duit dalam akaun dan setiap duit raya semua ke dalam tabung dia.

"My mom kerani cabuk tapi farsighted despite her struggles, she menabung sejak I kecil sampailah years later I dapat guna buat Masters di Belanda tak payah scholarship. Thank god for our brilliant mums!" ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain