suria

Doktor tak malu ‘downgrade’ kereta, jual Volkswagen Passat beli Proton Perdana terpakai... Sedar diri tak mampu!

Ciwan menukarkan kereta Volkswagen Passat kepada kereta Proton Perdana pada 2022.

KEINGINAN memiliki sebuah kereta mewah pastinya menjadi impian setiap lelaki.

Adakalanya, nafsu bagi memenuhi kehendak ini melebihi kemampuan dan keperluan kita sendiri.

Begitulah apa dikongsikan Mohamed Ridzuan Mohamed Bukhori, 31, apabila dia menjual semula kereta jenama Volkswagen Passat B8 Highline dan kini memilih untuk menggunakan kereta buatan Malaysia, Proton Persona terpakai.

Posting asal pada Facebook Ciwan.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Ciwan menceritakan semula kisah disebalik pengorbanan menukar kereta.

“Sejak dulu lagi saya memang minat kereta jenis sedan macam Honda City atau Toyota Camry tapi masa tu masih belajar, jadi saya pakai Perodua Viva.

“Pada 2019, saya buat keputusan untuk tukar kereta baharu. Saya pergi banyak showroom untuk test drive kereta-kereta mewah. Saya cuba pandu kereta Honda, Toyota, Hyundai dan Mazda termaksuklah Volkswagen.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas jual Wira ‘lejen’, Rhys William ‘test drive’ semua model Proton... Tetap nak beli kereta Malaysia!

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu sewa rumah biasa, guna peti ais buruk... usia 26 tahun dah mampu beli kereta mewah, banglo 2 tingkat hasil jual kasut

“Apabila cuba pandu kereta Volkswagen saya terus tertarik dengan Passat yang laju dan kawalan steering yang mantap. Tanpa berfikir panjang, saya terus tempah kereta tu,” katanya kepada mStar.

Jelas Ciwan yang mula berkhidmat sebagai doktor di Klinik Kesihatan Beseri, Perlis sejak 2016, dia tidak mempunyai ilmu kewangan dan simpanan ketika membuat pembelian itu.

Tambahnya, kereta tersebut dibeli ketika dia sudah bergelar bapa kepada seorang cahaya mata dengan membuat bayaran deposit sebanyak RM6,000.

“Saya beli kereta tu memang fikir untuk enjoy saja. Kereta dibeli pada harga RM195,000 dan RM5,000 insuran. Pada masa tu saya ditawarkan rebat sebanyak RM20,000 dan saya buat pinjaman bank sebanyak 170,000 sahaja.

Ciwan merupakan seorang doktor yang berkhidmat sejak 2016.

“Setiap bulan saya kena bayar ansuran hampir RM2,000 untuk kereta. Walaupun gaji RM5,000 hingga ke RM6,000 ketika tu dan ada pendapatan sampingan buat locum swasta sebanyak RM2,000, saya tak sedar yang saya masih tak layak beli kereta macam tu,” jelas Ciwan.

Katanya yang sudah berumah tangga sejak 2017, dia mula menyedari bahawa komitmen hidup semakin bertambah kerana pada masa dia turut membeli sebuah rumah selain isteri sedang hamil anak kedua mereka.

Mulanya agak sedih tapi lama kelamaan saya boleh terima takdir.

MOHAMED RIDZUAN

Akur dengan keperluan semasa, Ciwan akhirnya menjual kereta kesayangannya itu pada April 2022 pada harga RM120,000 dan menukar kepada sebuah kereta terpakai dengan bayaran bulanan lebih rendah.

“Saya mula sedar komitmen hidup dah melebihi kemampuan sejak menyertai seminar hartanah dan pengurusan kewangan awal tahun haritu. Sedikit sebanyak ilmu berkaitan kewangan saya ketahui sejak tu.

Ciwan seorang bapa kepada dua orang cahaya mata.

“Awal Mac tahun ni, saya ambil keputusan jual Passat tu. Saya iklankan dekat Facebook untuk cari pembeli walaupun berat hati nak lepaskan. Sebulan lepas tu kereta terjual tapi terpaksa tambah duit RM30,000 dekat bank sebab harga kereta terjual lebih rendah berbanding baki hutang.

“Kemudiannya, saya cari kereta terpakai untuk gantikan kereta tu. Saya perlukan kereta besar supaya lebih selesa untuk bawa keluarga. Alhamdulillah saya jumpa kereta Proton Perdana tahun 2017 berharga RM60,000,” ujar Ciwan.

Keputusan Ciwan mendapat sokongan penuh oleh keluarga dan kawan-kawan yang menghormati langkah dibuat secara drastik ini.

Ciwan bersama isteri dan anak-anak.

Dalam pada itu, Ciwan mengingatkan orang ramai supaya membuat perkiraan yang betul sebelum membeli kereta idaman.

Ujarnya, kita tidak perlu malu untuk menggunakan kereta yang lebih murah mengikut kemampuan semasa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Gempar bayi perempuan lahir ada ekor berbulu