suria

Pemilik akaun Twitter diugut bunuh kerana kasihan kanak-kanak dipaksa pakai tudung, perbalahan makin panas di media sosial... apa kata Ustaz Azhar Idrus

Tular video seorang wanita memakaikan tudung pada anak perempuannya yang masih kecil.

MELENTUR buluh biarlah dari rebungnya!

Pepatah nenek moyang dahulu bukan sahaja 'terkehadapan' malah dibina atas pengalaman mereka kerana buluh yang sudah matang amat sukar dilentur dan boleh mengakibatkan kecederaan kepada pelaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Comel sangat ni! Mula bertudung sejak usia 10 bulan, jangan terkejut si cilik ini dah ada koleksi tudung sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tak percaya si comel tudung singkat masuk darjah 1, ibunya akui buat persediaan last minute - “Cuma ada sehari sebelum buka sekolah”

Begitu juga perihal mendidik dan mendisiplin anak-anak, ia wajar dimulakan sejak anak di usia muda bagi mengelakkan mereka memberontak ketika dewasa, contohnya dalam pemakaian hijab atau tudung.

Isu tersebut mula dibahaskan di media sosial selepas seorang pelayarnya memuat memuat naik video berdurasi 19 saat yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dipakaikan tudung.

Ia berikutan, pemilik akaun tersebut meluahkan rasa kasihan terhadap kanak-kanak perempuan bertudung yang kononnya mereka dipaksa sejak kecil.

Antara perdebatan netizen tentang isu kanak-kanak dipakaikan tudung.

Antara perdebatan netizen tentang isu kanak-kanak dipakaikan tudung.

"Comel. Tapi secara peribadi, saya tidak suka idea memakaikan tudung kepada kanak-kanak. Kesian tengok."

Ciapan ringkasnya itu mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen, namun apa yang pelik kenyataan pemilik akaun berkenaan mendapat 'sokongan' walaupun dia secara jelas menyuarakan rasa tidak setuju sedangkan perbuatan tersebut baik di sisi Islam.

"Totally agree. Belajar berhijab boleh mula dari umur tujuh tahun, saya sendiri mula pakai dalam umur 11 tahun dan akil baligh umur 12 tahun... Tidak perlu paksa kanak-kanak memakai tudung kerana mereka akan pakai apabila mereka sendiri mahu. Waktu kecil tak perlu pakai pun."

"Saya lebih gemar kanak-kanak pakai skirt, baju bebet dan sebagainya. Biar mereka pakai tu semua supaya apabila dah dewasa mereka tidak rasa ingin untuk memakainya lagi. Tudung atau skaf pula di usia remaja dan ia (pemakaiannya) dari hati mereka sendiri, tak bertudung bukan bermakna kita tidak mengajar mereka tentang agama."

Pemakaian tudung patut digambarkan seperti 'puteri'.

Pemakaian tudung patut digambarkan seperti 'puteri'.

"Zaman dia kecil biarlah dia main, masa untuk dia explore. Saya secara peribadi pun tak suka tapi takut nak cakap."

Selepas beberapa hari kenyataannya dimuat naik, pemilik akaun tersebut mengakui dia menerima mesej ugutan bunuh pula.

"Bagus pandangan yang diutarakan (di ruangan komen), ada yang setuju dan sebaliknya. Tapi mereka yang hantar mesej ugutan bunuh... saya rasa mereka lebih teruk daripada kata-kata saya (sebelum ini)," ujarnya lanjut.

Terdahulu, beberapa pengguna Twitter turut menyelar pandangan yang dikemukakan itu dan menyifatkannya sebagai seorang yang tidak tahu agama.

Kebanyakan kanak-kanak memilih untuk memakai kerana melihat perbuatan ibu mereka.

Kebanyakan kanak-kanak memilih untuk memakai kerana melihat perbuatan ibu mereka.

"Kalau awak seorang muslim dan merasakan tindakan tersebut teruk, awak perlu teliti balik kepercayaan (agama) kerana sebagai seorang Muslim kita sepatutnya melihat ia sama seperti seorang ibu mengenakan skirt pada anak... kita patut melihatnya sebagai pemakaian yang menggambarkan kanak-kanak itu seorang puteri."

"Tak salah kalau nak kenalkan hijab pada anak perempuan yang masih kecil. Ia bagus kalau anda seorang muslim dan biar anak perempuan belajar tutup aurat... paling penting adalah ia bukan urusan anda, itu urusan ibunya yang mahukan anak memakai hijab seperti wanita muslim yang lain."

Bukan wajib tapi atas jalan melatih diri anak. Dia pakai buka, pakai buka... supaya loading dalam hatinya perintah bertudung itu ke atas dirinya. Nanti apabila umur dia mencapai 10 dan 11 tahun dia akan pakai tudung terus.

USTAZ AZHAR IDRUS

Sementara itu, Ustaz Azhar Idrus ketika menjawab persoalan 'anak perempuan enggan memakai tudung' berkata, ibu bapa seharusnya menyuruh anak mereka memakai tudung pada umur tujuh tahun.

"Suruh pakai tudung dari umur tujuh tahun, sebab itu dalam kitab fekah dikiaskan supaya suruh sembahyang... suruh juga bertudung atau berhijab ketika umur tujuh tahun.

"Bukan wajib tapi atas jalan melatih diri anak. Dia pakai buka, pakai buka... supaya loading dalam hatinya perintah bertudung itu ke atas dirinya. Nanti apabila umur dia mencapai 10 dan 11 tahun dia akan pakai tudung terus... ni tingkatan lima baru suruh pakai tudung, susah la.

Ustaz Azhar Idrus memberi penerangan tentang pemakaian tudung.

Ustaz Azhar Idrus memberi penerangan tentang pemakaian tudung.

Terdahulu, beliau turut meminta ibu dan bapa remaja perempuan yang enggan memakai tudung apabila disuruh, supaya tidak berputus asa dalam melakukan kebaikan.

"Tapi bila begitu jangan berhenti, maksudnya sentiasa menyuruh dan jangan putus asa," jelas beliau.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain