suria

Rumah tenggelam dalam lumpur, sukarelawan diperlukan! Sisa bencana banjir Terengganu masih menghantui mangsa... ramai tertanya-tanya cara nak bantu

Rumah milik seorang penduduk yang ditenggelami tanah lumpur sehingga hampir ke paras bumbung.

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul beban.

Itulah perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan situasi pasca banjir yang melanda Terengganu baru-baru ini sehingga ada rumah penduduk yang dikategorikan 'total loss' susulan bencana tersebut.

Sungguhpun gelombang kelima bencana selama sembilan hari yang melanda Terengganu sejak 25 Februari lalu dilaporkan pulih sepenuhnya pada Sabtu, namun sisa-sisa bencana masih 'menebal' di kediaman mangsa-mangsa banjir, sekaligus menambah satu lagi dugaan buat mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilu lihat nasib mangsa banjir, mak usia 70 tahun gigih susun sumbangan pakaian... kasihan ibu siap takut, malu bila ramai sokong jadi wakil rakyat

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau malu macam mana nak tanggung semua ni” - Mangsa banjir buntu, barang berniaga turun temurun lesap sekelip mata

Dalam satu video tular di laman sosial, kelihatan sebuah rumah di Kampung Belukar Bukit, Kuala Berang, Hulu Terengganu yang ditenggelami lumpur pekat sehingga hampir menyamai ketinggian pintu.

"Antara rumah paling teruk terjejas banjir. Kita perlukan ramai lagi sukarelawan ke kampung ini. Rumah tenggelam dalam lumpur. Lokasi, Belukar Bukit," tulis pemilik akaun TikTok Ghazali Kori, yang juga seorang jurugambar.

Video yang dikongsi pada Sabtu itu meraih hampir setengah juta tontonan.

Dalam video sama, turut kelihatan beberapa kereta yang tersadai dengan kesan selut, akibat ditenggelami banjir.

banjir 2

Kereta tersadai ditenggelami selut sehingga paras tayar.

Malah, ada juga kediaman penduduk di kampung tersebut yang kini berbumbungkan langit gara-gara atap yang sudah dihanyutkan arus deras.

Selain TikTok, video yang menjentik emosi itu turut dikongsi netizen menerusi laman Twitter.

"Weh tak tahu pula aku seteruk ni banjir dekat Terengganu? Pasir atau selut tu sampai dah nak paras atas pintu rumah?

"Ya Allah, semoga kau permudahkan urusan mereka. Berikan mereka rezeki yang melimpah ruah.

banjir 1

Perabot dan kelengkapan rumah musnah sepenuhnya gara-gara ditenggelami banjir.

"Tak boleh aku imagine perasaan mereka," tulis pelayar Twitter @_Seriouslyika.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa sayu di media sosial, malah ada yang mencari-cari maklumat untuk menghubungi dan menyalurkan bantuan buat penduduk terjejas.

"Allahuakhbar. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Ya Allah, semoga kau permudahkan urusan mereka. Berikan mereka rezeki yang melimpah ruah.

NETIZEN

"Bagaimana saya nak bantu ya? Ada apa-apa yang mereka perlukan saat ini?

"Moga semua yang terlibat diberi kekuatan, ketabahan dan kesihatan yang baik.

"Ya Allah, semoga kau permudahkan urusan mereka. Berikan mereka rezeki yang melimpah ruah," tulis beberapa netizen.

banjir 3

Bumbung rumah tercabut dibawa arus banjir.

Terdahulu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, banjir selama sembilan hari di Terengganu pulih sepenuhnya apabila semua mangsa terjejas di daerah Hulu Terengganu pulang ke rumah masing-masing pada Sabtu.

Untuk rekod, Terengganu dilanda banjir gelombang kelima bermula Jumaat minggu lalu dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Marang, Setiu, Besut, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus mencecah 18,000 orang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain