“Baby kuning jadi cacat seumur hidup betul ke?” - Ibu bapa disaran jangan tanya masalah kesihatan di media sosial, bimbang ‘golongan mengarut’ yang jawab

Rawatan sama ada diletak di bawah lampu atau pertukaran darah bergantung kepada tahap kuning bayi anda.

UMUM mengetahui kewujudan kumpulan antivaksin yang menyebarkan propaganda perubatan yang salah dan membahayakan secara aktif di Facebook.

Malah tindakan ibu bapa yang bertanyakan tentang masalah kesihatan kepada kumpulan ini amat membimbangkan pakar perubatan di negara ini.

Antaranya pertanyaan seorang wanita mengenai bahaya penyakit kuning pada bayi kepada golongan tersebut sehingga mendapat perhatian seorang doktor.

ARTIKEL BERKAITAN: “Adakah MKN, PDRM nak tidur lagi dengan orang sebegini?” - Doktor geram info mengarut puak antivaksin, dakwa PPE dipakai hanya untuk gambar

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa yang dia nak gembira?” - Doktor geram... boleh pula puak antivaksin kongsi kegembiraan selepas letak pesakit di ambang maut

"Nak tanya ibu, ibu nurse kata kalau baby kuning jadi cacat seumur hidup betul ke?" soal wanita tersebut.

Menjawab kepada pertanyaan tersebut, Dr Amirul Amzar menjelaskan kebenaran mengenai perkara ini.

Masalah kuning boleh menyebabkan kecacatan pada otak bayi anda.

"Jawapannya, Ya betul!" katanya ringkas menerusi satu posting di Facebook.

Menurut Dr Amirul, jika penyakit kuning atau jaundis anak baru lahir terlampau tinggi, pigmen bilirubin yang menyebabkan kuning itu akan melintasi selaput otak dan mencederakan otak.

"Keadaan ini dipanggil kernicterus dan boleh menyebabkan kecacatan otak dan kecacatan pendengaran kekal.

"Sebab itu bayi yang kuning perlu pemerhatian. Kena diperiksa dan diuji darah mereka untuk lihat tahap kuning mereka secara berkala.

"Jika doktor buat keputusan boleh pantau di rumah, Alhamdulillah. Namun jika kuning terlampau tinggi, doktor akan suruh masuk wad untuk phototherapy (lampu)," katanya.

Seorang wanita bertanya mengenai masalah kuning di dalam Facebook kumpulan antivaksin.

Tambah Dr Amirul lagi, jika kuning pada bayi terlampau tinggi, pertukaran darah perlu dilakukan.

"Memang leceh. Tapi ini demi otak dan kehidupan anak anda kelak. Pemeriksaan kuning pada bayi adalah penting.

Anak beranak untuk apa? Dan tolonglah. Jangan tanya masalah perubatan sewenang-sewenangnya di media sosial.

DR AMIRUL AMZAR

Pakar perubatan

"Hatta anda tolak vaksin sekali pun, jangan risikokan anak anda dengan menolak pemerhatian dan pemeriksaan kuning.

"Dah la anda bahayakan anak anda dengan penyakit boleh dicegah vaksin, lepas tu anda risikokan anak anda cacat otak," katanya.

Dalam pada itu, Dr Amirul turut menasihati orang ramai supaya tidak bertanya mengenai masalah kesihatan di media sosial.

Ibu bapa digesa bertanya mengenai masalah kesihatan kepada pakar perubatan untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

"Anak beranak untuk apa? Dan tolonglah. Jangan tanya masalah perubatan sewenang-sewenangnya di media sosial.

"Tambah-tambah di dalam kumpulan mengarut antivaksin ini. Tolong. Please. Jaebal, ” katanya.

Mengulas lanjut mengenai jaundis, Dr Amirul berkata masalah itu disebabkan kehadiran pigmen bilirubin yang berlebihan dalam darah.

"Pigmen ini akan mendap di kulit dan memberikan warna kekuningan pada bayi. Pigmen ini adalah hasil pemecahan sel darah merah bayi," katanya.

Namun beliau berkata kebiasaannya bayi baru lahir akan mengalami jaundis dan ia boleh pulih dengan sendiri tanpa apa-apa intervensi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain