suria

Bapa dedah bilik tidur, isteri ‘bising’ punca anak meraung ‘nak mak baharu’, “Kalau diteriaknya nak ‘mak yang hari tu’, habislah saya”

Tangkapan skrin video yang tular menunjukkan seorang kanak-kanak yang menangis mahukan ibu baharu. (Gambar kecil) Mohd Risdi bersama isteri dan anak-anaknya. Foto ihsan Mohd Rifdi Rosli

IBARAT mimpi ngeri bagi kaum wanita apabila suami mahu beristeri lebih dari satu. Bukan sahaja makan hati, potensi untuk naik angin pun sangat tinggi!

Tapi kalau anak pula yang meronta-ronta mahukan ibu baharu, si isteri pasti terkedu diam seribu bahasa, boleh jadi timbul rasa sebak sehingga mahu mengalirkan air mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak menangis tak mahu balik sebab sekolah ‘best sangat’, bapa jawab tuduhan garang, cikgu lawa

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 38 saat ibu nyanyi, anak ‘hati tisu’ tiba-tiba menangis lepas buli abang

Itulah kisah di sebalik sebuah video tular di media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki menangis teresak-esak, sambil dipujuk ibu bapanya.

“Nak mama baharu,” jawab si anak apabila ditanya apa yang dikehendakinya dalam cubaan bapanya memujuk.

Pelbagai reaksi netizen berhubung video yang tular.

“Nak satu (mama baharu),” tambah anak itu sambil mengesat air matanya menggunakan bantal, sekali gus mengundang ketawa bapanya, manakala ibunya hanya membisu.

Bapa kepada kanak-kanak itu, Mohd Rifdi Rosli, 30, berkata, video tersebut dirakamkan pada lewat malam Selasa apabila anaknya tiba-tiba terjaga daripada tidur.

Jelasnya, Muhammad Rayyan Mikael yang berusia empat tahun sering terjaga kerana masih dalam proses untuk menyesuaikan diri tidur di bilik sendiri, berbanding dahulu tidur di bilik tidurnya dan isteri.

“Masa tu dah pukul 11.50 malam. Tiba-tiba Mika (panggilan buat anaknya) bangun. Biasalah budak kecil hilang mood bila bangun dari tidur.

Gelagat Muhammad Rayyan Mikael atau Mika mencuit hati.

“Ibu dia suruh tidur balik sebab dah lewat malam. Tapi Mika terus menangis lagi, ibu dia apa lagi bisinglah suruh tidur. Isteri saya ni susah nak marah, jarang pula bising.

“Bila isteri tinggikan suara tu yang buat anak terus menangis merajuk nak mak baharu. Kami suami isteri masa tu terkedu, lepas tu gelakkan saja,” katanya kepada mStar.

Menyangkal komen-komen netizen mengenai isterinya seorang yang garang, Mohd Rifdi berkata, isterinya mempunyai sifat keibuan yang tinggi dan begitu mengambil berat terhadap dirinya dan anak-anak.

“Kami menjaga anak bersama-sama atau secara bergilir mengikut keadaan. Kalau dia masak, saya jaga anak, begitu juga kalau saya yang memasak,” ujarnya sambil menambah dia sekeluarga menetap di Sentul, Kuala Lumpur.

Mika (kanan) bersama ibu bapanya.

Dalam pada itu, eksekutif di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu turut mengimbas kembali perbualannya bersama isteri di dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas waktu kerja pada petang Rabu.

“Disebabkan ada child car seat (kerusi khas untuk kanak-kanak) di dalam kereta, satu di tempat duduk di hadapan dan satu lagi di belakang, jadi isteri saya duduk di belakang dan saya di hadapan memandu.

Dari cermin pandang belakang, saya tengok isteri dengan pandangan mata yang tajam, dan kata malam tu saya kena tidur luar di balkoni.

MOHD RISDI

“Kami berbual pasal video anak yang dah tular dan isteri pula geram dengan komen-komen netizen yang kata dia seorang ibu yang garang, tu sebab anak nak mak baharu.

“Dari cermin pandang belakang, saya tengok isteri dengan pandangan mata yang tajam dan kata malam tu saya kena tidur luar di balkoni. Tapi isteri bergurau saja,” katanya secara berseloroh.

Hubungan Mohd Rifdi bersama isteri sangat baik .

Bagaimanapun Mohd Rifdi menjelaskan bahawa hubungannya dan isteri adalah baik meskipun selepas reaksi anak mereka yang sungguh tidak disangka-sangka itu.

“Isteri saya OK saja tak mengamuk, semuanya dalam keadaan terkawal. Tapi sudah tentu isteri tak izinkan ada mak baharu, dia kata ‘langkah mayat dia dulu’.

“Nasib anak menangis sebut nak mak baharu, kalau diteriaknya nak ‘mak yang hari tu’, habislah saya... jenuh nak fikir siapa pula yang disebutkannya. Tapi tak ada, isteri saja di hati,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
mak, isteri, UniKL

Artikel Lain