“Tengok dia tiba-tiba jadi suka” - Nak kahwin cepat, gadis beritahu bakal suami ‘tak mahu hantaran’, sama-sama kumpul duit buat majlis - Viral | mStar

“Tengok dia tiba-tiba jadi suka” - Nak kahwin cepat, gadis beritahu bakal suami ‘tak mahu hantaran’, sama-sama kumpul duit buat majlis

Eiyra dan Wan Mohd Jabir disatukan sebagai suami isteri pada 28 Jun lalu.

KETIKA isu wang hantaran RM15,000 menjadi topik panas netizen, seorang gadis berkongsi kisah dia dan pasangannya saling membantu mengumpul wang RM10,000 untuk bajet perkahwinan mereka.

Menurut gadis yang dikenali sebagai Nur Shahira Wahida, 22, dia tidak melihat tindakannya itu salah kerana dia berniat mahu meringankan beban suaminya, Wan Mohd Jabir, 28, untuk mempercepatkan perkahwinan mereka.

"Kos kenduri dan persiapan kahwin kami makan belanja RM10,000. Nak kahwin sama-sama jadi kami kongsi... kumpul RM5,000 seorang dalam masa dua bulan. Tak salah pun nak buat macam tu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis 'demand' hantaran RM15K menangis bapa dicop gila duit, “Ayah saya meninggal tiga tahun lalu”

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan 'takut nak kahwin' akhirnya gembira, berjaya buat majlis walau kos murah!

"Bagi saya kahwin ni untuk kedua-dua belah pihak. Ikut mana kita nak tolong lagi pun itu suami kita juga nanti. Saya tolong half-half untuk mudahkan urusan dia halalkan hubungan kami," katanya.

Malah gadis berasal dari Kampung Padang Lalang, Langkawi, Kedah itu mendedahkan perkahwinannya pada 28 Jun lalu juga diadakan secara sederhana tanpa ada wang hantaran mahupun barang hantaran.

Jawapan Eiyra kepada pertanyaan netizen mengenai bajet perkahwinannya menjadi tular di Twitter.

"Pada awalnya suami hairan kenapa saya tak mahu hantaran. Saya kata itu tak penting. Lagipun hantaran hanya adat semata-mata dan yang wajibnya cuma mas kahwin.

"Jadi majlis kami ringkas sahaja. Saya hanya terima mas kahwin RM2,000 dari suami. Nasiblah keluarga suami juga tak strict bab adat. Jadi saya rasa bertuah dapat ahli keluarga yang memahami," kata Nur Shahira yang turut mengusahakan sebuah restoran di Langkawi bersama kakaknya.

Nur Shahira atau mesra disapa Eiyra berkata dia turut membelanjakan sekitar RM6,000 untuk makanan kepada 1,000 jemputan ke kenduri perkahwinannya.

"Ada netizen pertikai kos katering murah sampai ada yang kata harga tak masuk akal. Tapi sebenarnya saya tak guna khidmat katering.

"Dekat kampung saya guna cara merewang. Kiranya adik-beradik dan orang kampung tolong masakkan lauk kenduri sebab tu murah.

"Abah hanya minta RM6,000 untuk makanan kenduri. Itu dah termasuk bayar upah pekerja yang tolong waktu kenduri kami," katanya.

Eiyra bertemu dengan suaminya dalam satu kem keusahawanan pada Mac tahun lalu.

Pada masa sama, Eiyra enggan ambil peduli tindakan segelintir netizen yang mempertikaikan pelamin, bunga telur, lukisan henna, kek dan juga bunga tangannya yang ditaja pihak tertentu.

"Saya hairan mereka kecam pasal sponsor padahal saya ada juga nyatakan pasal tak perlu hantaran.

"Bagi saya itu rezeki nak kahwin. Alhamdulillah. Saya tak kisah orang nak cakap bukan-bukan sebab saya bukan jenis berfikiran negatif. Kawan-kawan kenal saya sentiasa positif.

Tak perlu nak tunjuk mewah dekat kawan-kawan. Cukup sekadar yang mampu sahaja dan abaikan mulut orang.

NUR SHAHIRA WAHIDA.

"Apa yang saya kongsi tu hanyalah sebagai motivasi kepada orang lain. Orang kampung pun ok dengan cara kami. Jadi abaikan mulut orang, ambil yang positif sahaja," katanya.

Ditanya mengenai detik perkenalan dengan suaminya, anak ketiga daripada empat beradik itu mendedahkan mereka bertemu dalam satu kem keusahawanan pada Mac tahun lalu.

"Saya sama macam suami jenis tak mudah jatuh cinta dengan orang. Tapi bila tengok suami tiba-tiba jadi suka. Mungkin tu jodoh kami.

Eyra jatuh hati melihat cara suaminya bercakap.

"Saya suka cara dia bercakap. Sebenarnya suami saya seorang peguam tapi masa dua bulan kenal tu saya tak tahu pun dia peguam," katanya.

Sementara itu, Eiyra turut menasihati bakal pengantin supaya berbelanja untuk majlis perkahwinan mengikut kemampuan masing-masing.

"Bagi saya kehidupan selepas kahwin itu lebih penting. Jadi biarlah kita buat kenduri secara sederhana, itu lebih baik.

"Tak perlu nak tunjuk mewah dekat kawan-kawan. Cukup sekadar yang mampu sahaja dan abaikan mulut orang," katanya.

kenduri kahwin , wang hantaran

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain