suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua maut rentung kemalangan... BMW bertembung lori

Kemalangan ngeri antara sebuah lori dan kereta mewah.

DUA individu terbunuh dalam kemalangan melibatkan pertembungan antara sebuah kereta jenis BMW dan lori di Jalan Bukit Mantin, Negeri Sembilan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Muhammad Efeendy Rahmad berkata dua mayat yang rentung ditemukan di dalam sebuah kereta mewah yang hangus terbakar dalam kejadian pada 10.20 pagi, Isnin.

"Jentera tiba 10 minit kemudian dan mendapati sebuah kereta sedang terbakar. Kami melakukan operasi pemadaman dan api berjaya dikawal lima minit kemudian," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Muhammad Efeendy, identiti mangsa yang terkorban dalam nahas masih belum dikenal pasti.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk proses bedah siasat.

Tiga mangsa yang menaiki lori mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain