suria

“Saya tak nak tengok, tolong padam!” - Mangsa serangan seksual LRT Maluri alami trauma, rayu tidak diganggu

Mangsa serangan seksual alami trauma selepas kejadian di LRT Maluri pada Jumaat.

“SAYA dah cukup trauma!”

Mangsa insiden serangan seksual di platform LRT Stesen Maluri, Cheras akui mengalami gangguan emosi susulan kejadian yang berlaku pada Jumaat.

Muncul di Twitter, wanita tersebut menggesa individiu yang berkongsi video kejadian itu supaya memadamnya daripada platform berkenaan.

"Hi saya wanita dalam video LRT Maluri insiden semalam (Jumaat).

"Tolong padam video LRT Maluri semalam. Saya tak nak tengok, tak nak orang PM (personal message) saya video tu.

mangsa

"Saya dah cukup trauma. Polis dah jalankan siasatan. Tolonglah!" gesanya di Twitter pada Sabtu.

Bercerita lanjut, mangsa itu berkata selepas berjaya meloloskan diri dia kemudiannya mendapatkan bantuan daripada kakitangan RapidKL bertugas.

"Staf @askrapidkl dan PB (polis bantuan) di sana bantu sorokkan saya daripada this guy after kejar saya balik di bawah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki peluk, gomol wanita di stesen LRT Maluri! Siap berani turun ke landasan, ketuk-ketuk tren sedang bergerak dengan kasut

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya giat memburu pelaku yang dipercayai mengalami ganggunan mental.

Kata Zam Halim pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada pukul 8.40 pagi daripada seorang wanita tempatan.

“Pengadu yang berusia 27 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Cheras pada hari kejadian.

“Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Usaha mengesan suspek masih giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

suspek maluri_1

Tangkap layar daripada video yang dikongsikan di Twitter.

Sementara itu Rapid Rail Sdn Bhd dalam satu kenyataan pula berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.58 pagi, di platform 1 ke platform 2 LRT berkenaan.

"Ketika kejadian, anggota polis bantuan yang sedang bertugas di platform bertentangan bergegas turun ke bawah untuk ke platform tempat kejadian bagi memberikan bantuan kepada mangsa yang sedang bergelut dengan suspek.

"Orang awam yang melihat kejadian berjaya membantu meleraikan mangsa daripada suspek, tetapi tidak berjaya diberkas kerana tindakan beliau yang sangat agresif.

"Suspek sekali lagi bertindak menceroboh landasan dan mengetuk dinding tren yang kebetulan sedang berhenti di stesen. Suspek meloloskan diri dari stesen tersebut pada pukul 8.05 pagi," katanya.

Terdahulu mStar melaporkan tentang seorang wanita berdepan detik cemas apabila menjadi mangsa serangan seksual dengan memeluk dan menghempapnya di platform menunggu stesen LRT Maluri, Cheras di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun dia berjaya meloloskan diri selepas orang awam di lokasi kejadian menghalang suspek.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain