suria

Jumpa botol kaca dibalut kain hitam tepi pantai, ada gambar lelaki... Ramai syak benda syirik! Akhirnya keluarga tuan badan muncul

Barangan yang ditemui oleh individu berkenaan di pantai Port Dickson.

TIDAK dinafikan masih wujud segelintir individu yang mempercayai dan mengamalkan perkara khurafat meskipun sudah memasuki zaman moden.

Dalam satu perkongsian terbaharu yang tular di Facebook, seorang individu bernama Fitri Izani Darwis Izani memuat naik video dan gambar memaparkan foto seorang individu, dua helai kertas bertulisan dakwat merah dan juga botol kaca di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kedua-dua botol itu dibalut dengan kain berwarna hitam.

"Saya berada di PD (Port Dickson) sekarang... Saya tak tahu kenapa macam ada something yang 'menarik' saya untuk turun ke laut, sedangkan hari tengah hujan dan kilat.

"Kemudian saya terjumpa dua benda ni... Salah satunya saya dah buka. Jangan tanya kenapa saya buka sebab saya sendiri tak ada jawapan. Apa patut saya buat? Lagi satu botol saya tak buka pun.

"Saya hanya tinggalkan dekat pondok tu," tulisnya menerusi hantaran pada grup Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini.

Tidak mengulas lebih terperinci mengenai penemuan tersebut, namun dipercayai lelaki dalam foto berkenaan adalah mangsa perbuatan khurafat.

Sehingga kini perkongsian individu berkenaan yang dibuat sekitar tujuh jam lalu, meraih 1,400 shares di Facebook.

sihir 2

Individu itu membuka botol kaca kedua.

Bagaimanapun, carian yang dibuat oleh warga maya berjaya mengesan profil 'tuan badan' berkenaan lantaran namanya tertera pada gambar yang ditemui oleh individu berkenaan.

Malah berdasarkan carian warga maya, lelaki di dalam foto itu bekerja dalam bidang kejuruteraan dan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada tahun 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa botol di celah batu pantai, ada beras dan foto lelaki... Ramai cuba rungkai misteri - “Dia tutup rezeki orang dalam gambar tu”

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan keadaan terkini lelaki berkenaan memandangkan akaun Facebook beliau sudah tidak aktif.

Namun rata-rata warga maya mendoakan agar lelaki berkenaan berada dalam keadaan yang sihat.

"Ambil gambar dari Facebook ja. Bahaya... semoga Allah lindungi.

"Syirik guna bomoh-bomoh. Kalau boleh biar tuan badan tahu... benda macam ni memang makan diri.

"Jahatnya manusia. Kenapalah ada lagi manusia yang buat benda macam ni," demikian antara komen netizen.

Sementara itu menerusi ruangan komen, individu yang menemui barang-barang tersebut berkata dia sudah membuka kedua-dua botol atas nasihat serta cadangan ramai.

Malah, dia juga memaklumkan sudah dihubungi oleh waris lelaki dalam gambar berkenaan, namun memberitahu dia tidak berani mengulas mengenai situasi 'tuan badan'.

"Waris gambar dah hubungi saya. Terima kasih semua atas bantuan. Saya hanya tolong apa yang saya mampu. Minta doa yang baik baik ye.

"Saya tak berani tanya lebih-lebih. Waris minta tunggu respons dari family dia dulu," akhirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain