suria

“Kasihannya semua dah tua” - Orang ramai terkejut 7 lelaki bangga pegang sepanduk sokong LGBT

Beberapa anggota polis turut kelihatan berada di lokasi kejadian.

TULAR sebuah video menunjukkan tujuh individu lelaki mengadakan perhimpunan aman Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di hadapan sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu negara.

Dalam rakaman video yang dimuat naik di akaun TikTok, @humble_chef15, difahamkan perhimpunan tersebut diadakan pada Sabtu.

Beberapa anggota polis kelihatan berada di lokasi kejadian sambil memerhatikan kumpulan berkenaan meluahkan fahaman mereka.

Tangkap layar video tular di TikTok.

Bagaimanapun ia menimbulkan rasa kurang senang ramai seolah-olah perhimpunan sebegitu dibernakan diakan secara terbuka di tempat awam.

Selain laungan, peserta perhimpunan itu dilihat memegang sepanduk.

“Ahmadi Agama keamanan dan cahaya mengutuk diskriminasi dan kezaliman terhadap orang-orang LGBT di Malaysia.

“Gay bukan satu jenayah. Jadi gay bukanlah jenayah.

ARTIKEL BERKAITAN: Hina undang-undang LGBT Malaysia, cium pemain bass di atas pentas... konsert The 1975 di Sepang dihentikan

“Tiada siapa yang boleh adili manusia kecuali Tuhan,” demikian antara tulisan yang terpampang di sepanduk kumpulan itu.

Difahamkan, perhimpunan itu diadakan selepas kecoh adegan biadab vokalis kumpulan The 1975 yang dikecam kerana menghina undang-undang negara berkaitan LGBT di Litar Antarabangsa Sepang, 22 Julai lalu.

Sehingga kini video perhimpunan LGBT di pusat beli-belah itu menerima lebih 153, 000 jumlah tontonan.

Jika diteliti pada ruangan komen, orang ramai mempersoalkan bagaimana perhimpunan itu boleh dilakukan.

Komen netizen pada video asal.

“Faham tak apa yang dipegang tu?

“Astargfirullah macam tak percaya berlaku di Malaysia.

“Allahuakbar, kasihannya... semua dah kategori tua dah. Bersujudlah pada Allah.

“Mereka berani terang-terangan meminta sesuatu yang diharamkan dalam undang-undang Malaysia. Polis tolong ambil tindakan segera,” komen netizen.

Hingga kini tiada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung perhimpunan berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain