suria

Nampak macam beras basmathi, rupanya ulat gemuk-gemuk! Wanita dakwa adik alami muntah lepas makan corn dog tapak pesta

Corn dog dibeli untuk adik Fazilah dipenuhi dengan ulat.

SEORANG wanita mengalirkan air mata apabila melihat adiknya mengalami sakit hingga muntah-muntah dipercayai selepas menikmati hidangan corn dog yang dipenuhi puluhan ulat.

Menerusi hantaran di Facebook, Nor Fazilah berkata dia kecewa dengan sikap peniaga yang tidak mementingkan kebersihan dan kesegaran makanan dijual.

“Minta maaf, apa yang saya post ni akan menyinggung perasaan mana-mana pihak. Saya cuma nak semua yang menjual tak kiralah apa pun terutama sekali makanan... tolonglah jujur, jaga kebersihan.

"Malam tadi saya pergi ke Pesta Gedong. Masa nak balik tu adik suruh belikan corn dog. Harga tak perlu nak cakap la.

Corn dog merupakan makanan popular di negara barat. -Gambar hiasan

“Memang sedia maklum dua cucuk RM10. Namun fasal harga saya tak kisah tapi kebersihan. Sedih gila dah nak habis adik makan,” ujarnya.

Corn dog merupakan sosej yang ditusuk dengan lidi kemudian disalut dengan lapisan tebal adunan tepung jagung.

Ia kemudian dimasak dengan teknik goreng rendam.

Namun hancur hati mereka apabila puluhan ulat (maggot) bersaiz besar di dalam corn dog yang dibeli itu hanya disedari setelah lebih separuh dimakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Geli tengok ulat gemuk-gemuk dalam burger daging! Ramai syak kedai makan R&R jual makanan lama

ARTIKEL BERKAITAN: Ulat merayap-rayap dalam ayam goreng berempah! Ramai naik geli kenang nasib pelanggan termakan tanpa sedar

“Lagi tak sedap hati dengar suara muntah-muntah. Tak rasa pun air mata menitis. Mengenangkan dah jauh (dari lokasi Pesta Gedung). Kalau dekat memang pergi bersemuka dengan makcik tu.

“Bukan nak bertekak cuma nak suruh jangan jual benda dah tak elok. Adik saya cepat sakit kalau rasa benda tak elok.

“Bila disuluh tu aduh mak besar-besar ye ulat putih (maggot) dalam tu, ujarnya lagi.

Berikutan kejadian yang menimpa adiknya, wanita itu menitipkan pesanan agar orang ramai berhati-hati supaya tidak mengalami nasib sama sepertinya.

Bukan seekor dua tapi banyak... dah berapa orang beli dekat dia.

NOR FAZILAH

“Hati-hati semua apabila nak beli makanan.

“Memang kita tak boleh nak salahkan penjual tapi hakikatnya mereka kena tahu benda masih elok ke tidak untuk dijual.

“Bukan seekor dua tapi banyak. Dah berapa orang beli dekat dia. Kasihan,” luahnya.

Hingga kni hantaran tersebut dikongsi lebih 4,000 pengguna Facebok.

Rata-ratanya turut meluahkan rasa kurang senang berikutan apa yang terjadi kepada Nor Fazilah dan adiknya.

Komen netizen berikutan hantaran tular di Facebook.

"Ingatkan beras basmathi mula-mula tu. Makanan apa isi nasi tu. Habis baca kapsyen baru tengok balik gambar. Ulat padu!

"Berniaga biarlah jujur baru bisnes maju. Jangan nak halal tapi kualiti makanan sampai berulat dijual dekat pelanggan.

"Sebab tu penting peniaga makanan ambil kursus nak mulakan bisnes. Kita akan diajar disiplin tentang kebersihan makanan dan kualiti," komen netizen.

Untuk makluman, Pesta Gedong dianjurkan di daerah Gedong, di Kuching Sarawak berlangsung sejak 28 Julai dan berakhir pada 30 Julaii.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain