suria

Ulat merayap-rayap dalam ayam goreng berempah! Ramai naik geli kenang nasib pelanggan termakan tanpa sedar

Keadaan ayam goreng yang tercemar dengan ulat.

TIDAK dapat digambarkan perasaan sekiranya berada dalam situasi mereka.

Mana tidaknya, tanpa sedar mereka baharu sahaja menjamah ayam goreng yang dipenuhi dengan ulat yang masing hidup.

Berdasarkan rakaman yang dikongsikan di media sosial kelihatan beberapa orang pelanggan segera membuat aduan kepada pekerja di restoran terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah hidang ayam goreng berulat, restoran diarah tutup 14 hari

Video tersebut dipercayai dirakam oleh pelanggan lain selepas menyedari wujud sedikit kekecohan antara kumpulan pelanggan berkenaan dengan pekerja restoran yang mempunyai beberapa francais itu.

"Ingatkan kenapa bising-bising, rupanya mereka terkena... dah nak habis makan baru perasan.

"Ingatkan seketul, rupanya banyak," kata lelaki itu menerusi beberapa buah video yang dimuat naik di TikTok.

Tangkap layar komen netizen.

Berdasarkan maklumat daripada kumpulan pelanggan yang terlibat itu, hanya ayam goreng berempah dicemari dengan ulat.

Jika diteliti daripada rakaman berkenaan, ayam goreng itu kelihatan elok daripada luaran.

Situasi tersebut menarik perhatian netizen dan masing-masing memberikan pendapat mereka di ruangan komen.

"Hati-hati kalau makan ayam goreng berempah sebab ayam tu dah lama, tentu busuk dan berulat.

"Seperti makanan yang dah dibuang dalam tong sampah mereka sajikan.

"Nasi dah habis baru tau, untung tak muntah... ayam tak basuh," kata beberapa netizen di TikTok.

Untuk rekod, peniaga makanan yang didapati tidak mematuhi kehendak di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Justeru orang ramai dinasihatkan agar membeli makanan di premis makanan yang bersih.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain