suria

Terima kasih ‘hero Malaysia’! Dr Noor Hisham bersara selepas 35 tahun berkhidmat

Dr Noor Hisham (tengah) bersama Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengambil gambar swafoto dengan warga KKM. foto Twitter Dr Noor Hisham

FIGURA yang memainkan peranan penting semasa pandemik Covid-19 iaitu Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bersara selepas berkhidmat selama 35 tahun.

Sesi 'clock out' beliau yang terakhir dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sekitar pukul 4.20 petang Rabu.

Dr Noor Hisham tersenyum sewaktu kakitangan kementerian berkumpul di lobi untuk mengucapkan selamat tinggal kepada beliau.

Ditanya mengenai rancangannya selepas bersara, Dr Noor Hisham berkata, beliau mahu berehat.

"Saya sudah lama bekerja," katanya.

kp 2

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa (kiri) pada majlis meraikan persaraan Dr Noor Hisham - foto Twitter Dr Noor Hisham

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada KKM di atas segala bantuan yang diberikan sepanjang 10 tahun berkhidmat sebagai ketua pengarah kesihatan.

Sebagai individu yang mengetuai tindakan Malaysia terhadap pandemik Covid-19, Dr Noor Hisham akan diingati kerana membantu mengemudi negara keluar daripada krisis kesihatan yang telah melumpuhkan dunia sejak 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Noor Hisham Abdullah... Figura yang jadi sebutan kini, fakta ke-10 pasti kebanggaan diri dan keluarganya!

ARTIKEL BERKAITAN: “Tahniah, hero Malaysia!” - Dr Noor Hisham kini bergelar Tan Sri, tetap merendah diri sifatkannya penghormatan buat team frontliner KKM

Dr Noor Hisham menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai perubatan pada Ogos 1988 sebelum memegang jawatan sebagai pakar bedah am pada 1994, dan berkhidmat sebagai pakar bedah am di Hospital Putrajaya pada 2004.

Beliau menggantikan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman sebagai ketua pengarah kesihatan pada 1 Mac 2013.

Sebelum itu, Dr Noor Hisham memegang jawatan timbalan ketua pengarah kesihatan (perubatan) mulai 1 Februari 2008.

Berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang pembedahan dan Ijazah Doktor Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau sebelum itu melanjutkan pengajian dalam bidang pembedahan dan latihan endokrin di beberapa universiti di Adelaide dan Sydney, Australia. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain