suria

Polis buru lelaki main mercun di balkoni pangsapuri dalam video tular

Individu ini disyaki membakar mercun dari balkoni pangsapurinya.

POLIS sedang memburu individu yang dirakam bermain mercun di balkoni pangsapuri DI Meru Raya, Ipoh.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata seorang pelayar Twitter dengan nama @Megatz pada Selasa berkongsikan video tular berdurasi 25 saat memaparkan perbuatan itu .

"Semakan pihak polis mendapati bahawa satu laporan telah pun diterima dan kes disiasat di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan (mudarat awam).

"Juga akan disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1966 (membakar mercun sehingga mendatangkan mudarat awam).

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan IPD Ipoh, ASP Fadli Ahmad di talian 019-2500019 untuk membantu siasatan.

"Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan bertimbang rasa semasa bermain mercun sempena musim perayaan demi keselamatan diri, nyawa dan harta benda orang lain," katanya dalam satu kenyataan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain