suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak perlu kelam kabut ‘raya terkejut’ atau tidak, kerajaan setuju beri sehari cuti tambahan sempena Aidilfitri

Anwar umum kelepasan am tambahan sempena Aidilfitri.

KERAJAAN bersetuju memberikan sehari cuti tambahan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya bagi menyambut Aidilfitri dan pulang ke kampung halaman.

Katanya, sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Jumaat, 21 April 2023, maka kerajaan menetapkan hari Isnin, 24 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagaimanapun, sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Sabtu, 22 April 2023, maka kerajaan menetapkan hari Jumaat, 21 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan.

Namun, bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri bolehlah mengisyitiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain