suria

View Chin mohon maaf... rumah kini kosong tanpa barang, seller minta pulangkan duit - “Langsung tak dapat bisnes, kedai saya dikacau”

View Chin dakwa operasi perniagaannya terganggu sejak dakwaan kecurangannya tular di media sosial.

KEMELUT rumah tangga influencer dan usahawan View Chin dengan isterinya kecoh diperkatakan netizen sejak beberapa hari lalu.

Selepas mendiamkan diri susulan dakwaan kecurangannya dengan seorang pekerja berbangsa Melayu, View Chin tampil membuat permohonan maaf pada Isnin.

"Saya ingin memohon maaf kepada semua beberapa hari Ini saya berdiam diri. Saya tahu ini ujian yang sangat berat buat saya.

"Saya tahu pelbagai persoalan bermain di fikiran anda," ujarnya kepada hampir 80,000 pengikut di Instagram.

Menurut View Chin, dia akan menjelaskan segala dakwaan yang sedang tular dan meminta diberi ruang untuk memperbetulkan kekecohan tersebut.

Tambahnya, kejadian tersebut bukan sahaja memberi impak kepada keluarga, malah turut mengganggu operasi perniagaannya.

"Saya akan bagi statement secepat mungkin bagi saya masa untuk perbetulkan segala keadaan dan persoalan yang telah menimpa.

vc2

Rumah View Chin kini sepi tanpa isteri dan anak-anak.

"Rumah saya sudah kosong tanpa ada apa-apa, barang semua barang telah dipindahkan. Pelbagai kerja saya perlu selesaikan seller dan semua brand barangan bertanya berkenaan perkara yang viral dan juga mereka ingin duit mereka dipulangkan kembali.

"Saya perlu satu persatu meniawab setiap seller dan memulangkan kembali duit mereka. Saya perlu selesaikan setiap tanggungjawab saya dahulu.

"Perkara ini menimpa sampaikan bisnes saya langsung tak dapat dijalankan lagi, kedai saya dikacau oleh orang ramai begitu juga dengan staf saya juga kena kacau oleh mereka.

"Bagi saya masa untuk saya balas setiap persoalan yang anda semua nak tahu, saya akan menjawab," luahnya dalam hantaran itu.

Terdahulu, warga maya kecoh apabila isteri kepada View Chin memuat naik pelbagai bukti mesej, gambar dan video yang mendakwa dirinya curang dengan seorang wanita.

Isterinya menerima sokongan padu netizen atas pendedahan itu, namun View Chin dan wanita tersebut terus dihujani dengan pelbagai kecaman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain