suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ustaz Soberi dijemput Ilahi ketika sampaikan kuliah Subuh - “Baba pergi dalam keadaan semua cakap baik”

Dr Mohd Soberi Awang rebah sebelum meninggal dunia ketika menyampaikan kuliah Subuh.

DIJEMPUT Ilahi ketika kuliah Subuh di sebuah surau.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Isma (Muis), Dr Mohd Soberi Awang rebah ketika menyampaikan kuliah Subuh di Surau Al-Ittihadiyah, Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, pagi Ahad.

Allahyarham rebah kira-kira jam 7.55 pagi sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.

Khabar duka itu mengenai pemergian pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) itu dikongsikan oleh menantunya, Mus'ab Umairi.

"Hari ini ayah mentua saya, almarhum Ustaz Dr Soberi Awang telah kembali kepada Penciptanya. Subuh kami di Kaherah dibasahi air mata rindu.

"Alhamdulillah atas nikmat bersama baba walau cuma sekejap. Banyak Umai belajar daripada baba. Moga Allah tempatkan baba bersama para syuhada dan solihin," tulisnya menerusi satu hantaran di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Sepotong ayat al-Quran berlegar di minda sebulan sebelum bapa ‘pergi’, anak Ustaz Soberi sedar rupanya persediaan hilang insan tersayang

Difahamkan, Allahyarham mengadu sakit dada dalam kuliahnya sebelum rebah dan tidak sedarkan diri selang beberapa minit.

Jemaah yang hadir kemudian menghampiri Allahyarham bagi memberi bantuan.

Sementara itu, anak perempuan tunggal Allahyarham iaitu Nadhratul Hana dalam hantaran di Facebook turut meluahkan dukacitanya atas pemergian bapanya.

"Saya akan berehat daripada media sosial untuk beberapa hari, menyelesaikan tuntutan keluarga dan untuk diri sendiri.

"Juga, kerana saya memang tak mampu melihat video yang sudah viral sehingga ke stesen televisyen. Maafkan saya tidak membalas mesej buat seketika.

"InsyaAllah saya akan pulang ke Malaysia jam 8 malam (waktu Mesir)," tulisnya.

Selain itu, Nadharatul turut memohon orang ramai mendoakan arwah bapanya.

"Terima kasih semua, terima kasih kerana mendoakan baba. Saya lega baba pergi dalam keadaan semua orang cakap baba baik," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia