suria

Hina undang-undang LGBT Malaysia, cium pemain bass di atas pentas... konsert The 1975 di Sepang dihentikan

Matty bertindak mencium pemain bas The 1975 iaitu Ross McDonalds ketika membuat persembahan di Sepang.

PERSEMBAHAN kumpulan The 1975 di Good Vibes Festival 2023 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada malam Jumaat dihentikan selepas vokalisnya Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat.

Matty yang terkenal dengan aksi biadab ketika mengadakan persembahan didakwa memegang botol arak ketika di atas pentas selain meludah dan melakukan aksi kurang sopan.

Tidak hanya itu, Matty juga membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) sebelum bertindak mencium pemain bass The 1975, Ross McDonalds di atas pentas.

da684b29-649b-434c-b8b4-2620856b59cd

The 1975 hadir ke Malaysia bagi mengadakan persembahan di Good Vibes Festival 2023.

"Saya tak nampak alasan kenapa mengajak kami The 1975 ke negara ini dan memberitahu dengan siapa kami patut lakukan hubungan seks," katanya.

Bagaimanapun, ketika dipertengahan persembahan, pentas tiba-tiba bertukar gelap sebelum Matty yang dalam keadaan marah memaklumkan mereka telah disekat daripada meneruskan konsert di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Matty Healy buat hal lagi... Kali ini lahap makan daging mentah di atas pentas

ARTIKEL BERKAITAN: Hala kemaluan ke arah kamera, suka tonton porno sambil onani... peminat gesa Taylor Swift tinggalkan Matty Healy

Matty kemudiannya meninggalkan pentas sebelum diikuti oleh anggota The 1975 yang lain dan krew mereka.

Ini bukan kali pertama Matty membuat masalah malah cukup terkenal dengan sikap kurang ajarnya ketika mengadakan konsert.

Ketika mengadakan konsert di London baru-baru ini, Matty bertindak memakan daging stik mentah yang membuatkan penonton berasa mual dengan aksinya itu.

Tidak cukup dengan itu, Matty juga didakwa pernah mengaku menonton video lucah yang merendah-rendahkan kaum wanita khususnya berkulit hitam sambil melakukan onani.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain