suria

“Jawatan PM masih kosong” - Anwar sempat bergurau, sabar tunggu Agong buat keputusan

Anwar Ibrahim ketika ditemui media di perkarangan Istana Negara. -AZHAR MAHFOF/The Star

NAMPAKNYA teka-teki mengenai penyandang jawatan Perdana Menteri ke-10 masih berlarutan apabila tiada keputusan dibuat sehingga setakat ini.

Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membuat keputusan.

"Beri sedikit masa kepada YDPA buat pertimbangan dan kebijaksanaan tuanku untuk memutuskan secara muktamad.

"Buat masa ini tiada perbincangan ke arah pembentukan kerajaan minoriti.

"Sekarang ni ada kekosongan jawatan dan terbuka untuk permohonan," kata Anwar kepada media selepas menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Negara pada Selasa petang.

Perkembangan itu sekali gus menolak laporan tular yang mendakwa Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri sementara (interim).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain