suria

Kembali meningkat... Malaysia catat 4,446 kes baharu Covid-19, Selangor kekal jangkitan tertinggi

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 4,446 kes baharu, pada Isnin.

Ia menjadikan keseluruhan 474,556 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 43,506 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beliau berkata, Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,650 kes diikuti Sarawak (433), Johor (391) dan Kelantan (343).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 45 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,947 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Isnin.

Beliau berkata, sebanyak 2,784 kes telah pulih Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 429,103 kes.

"Sehingga kini, terdapat 522 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 273 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Sebanyak 3,780 kes harian Covid-19 dilaporkan pada Ahad.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain