suria

Lebih banyak kelonggaran di kawasan PKP, PKPB, PKPP... jom semak senarai SOP baharu diumum Ismail Sabri

Majlis akad nikah dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Gambar hiasan

KERAJAAN membenarkan upacara akad nikah dilangsungkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), mulai esok.

Bagaimanapun, menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kelonggaran tertakluk kepada beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Bagi kawasan PKPB, akad nikah dibenarkan dengan kehadiran had maksimum 50 peratus mengikut keluasan premis dengan penjarakkan fizikal 1 meter, manakala di kawasan PKPP, upacara dibenarkan dengan kehadiran mengikut keluasan premis dengan penjarakkan fizikal 1 meter.

Bagi kawasan PKP, akad nikah hanya dibenarkan di pejabat agama dan masjid dengan kehadiran had maksimum 20 orang tidak termasuk jurunikah dan saksi serta tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Agama Negeri masing-masing.

"Bagi SOP upacara pernikahan bagi pasangan bukan Islam akan diumumkan oleh Kementerian Perpaduan Negara," katanya dalam sidang media pada petang Khamis.

Berikut adalah beberapa SOP baharu yang diumumkan berkuatkuasa esok (Jumaat):

1) Jumlah penumpang dalam kenderaan bagi kawasan PKP, PKPB dan PKPP adalah berdasarkan jumlah atau kapasiti tempat duduk kenderaan tersebut yang berkuatkuasa 19 Februari 2021.

2) Semua sektor peruncitan di bawah senarai KPDNHEP telah pun dibenarkan beroperasi di semua kawasan PKP, PKPB dan PKPP, dengan waktu operasi 6 pagi sehingga 10 malam (PKP), 6 pagi sehingga 12 tengah malam (PKPB & PKPP).

3) Spa, refleksologi, urut, wellness tidak dibenarkan di kawasan PKP, namun dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP.

4) Seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, ceramah, mesyuarat, pameran perdagangan tidak dibenarkan di kawasan PKP, namun dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP pada 50 peratus kapasiti premis dengan mematuhi penjarakkan sosial.

5) Majlis rasmi atau tidak rasmi, majlis sosial seperti kenduri kendara, pertunangan, aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, reunion tidak dibenarkan di kawasan PKP, namun dibenarkan di kawasan PKPB dengan 50 peratus kapasiti premis dengan mematuhi penjarakkan fizikal. Bagi kawasan PKPP dibenarkan dengan mematuhi penjarakkan sosial.

6) Aktiviti pelancongan dan kebudayaan tidak dibenarkan di kawasan PKP, namun di kawasan PKPB dibenarkan beroperasi pada 50 peratus kapasiti premis dengan mematuhi penjarakkan fizikal, mewajibkan pemakaian pelitup muka dan berdasarkan SOP-SOP PKPB.

7) Di kawasan PKPP, aktiviti-aktiviti pelancongan domestik berikut dibenarkan beroperasi dengan mematuhi penjarakan fizikal, mewajibkan pemakaian pelitup muka dan berdasarkan SOP-SOP berkaitan. Contohnya seperti di zoo, farms, akuarium, pusat edutainment, taman rekreasi, muzium, perpustakaan, galeri seni, Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga dan lain-lain.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain