suria

Bertambah lagi 25 orang, Malaysia catat angka korban harian tertinggi... 2,712 kes baharu

Malaysia merekodkan 2,712 kes baharu dengan 25 angka korban direkodkan. Foto: Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 2,712 kes baharu, menjadikan keseluruhan 274,875 kes setakat Khamis.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 38,763 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 2,712 kes baharu yang dilaporkan, 2,708 kes merupakan penularan tempatan dan baki empat kes adalah jangkitan luar negara.

Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,013 kes, diikuti Johor (426 kes) dan Kuala Lumpur (212).

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan 25 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,030 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Khamis.

Beliau berkata, sebanyak 5,320 kes telah pulih Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 235,082 kes.

"Sehingga kini, terdapat 227 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 103 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain