suria

Hanya 10 kes positif Covid-19, tiada kematian direkodkan

Malaysia catat 10 kes baharu pada Khamis.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 10 kes baharu, menjadikan keseluruhan 7,629 kes setakat Khamis.

Daripada 10 kes baharu yang telah dilaporkan, lima kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Lega! Kes kembali turun 2 angka, 15 kes positif baharu direkodkan pada Rabu

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 115 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 15 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Khamis petang.

Sehingga hari ini, 86 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 6,169 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, lapan kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain