suria

Bawa pen sendiri, tak perlu kongsi jika daftar masuk kedai... imbas QR Code mulai 1 Jun

Imbasan QR mula digunakan bermula 1 Jun ini.

KAEDAH mengisi nama setiap pelanggan premis perniagaan ternyata menimbulkan kebimbangan ramai susulan penularan Covid-19.

Ia berikutan penggunaan pen sama oleh individu berbeza, sekaligus meningkatkan risiko jangkitan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya 10 kes positif Covid-19, tiada kematian direkodkan

Mengulas hal itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya sedang mencari jalan untuk menambah baik kaedah tersebut.

"Kita sedang mencari penyelesaian bagaimana untuk memperbaiki kualiti perlindungan pelanggan. Bermula 1 Jun kita akan laksanakan Imbasan QR (QR Code).

"Tiada lagi penggunaan pen untuk tulis nama dan alamat. Lebih penting, kalau tiada QR code... semua orang dinasihatkan bawa pen sendiri.

"Saya juga pernah berkunjung ke kedai sebelum ini, ada kakitangan mereka sendiri yang tuliskan nama, bukan kita. Jika perlu tulis, perlu guna cecair pembasmi kuman pada tangan dan pen," ujarnya pada Khamis.

Tambahnya, itu merupakan saranan terbaik seandainya keadaan memaksa seseorang pelanggan untuk menggunakan pen milik premis perniagaan untuk menulis nama mereka sendiri.

Namun katanya, jauh lebih baik jika orang ramai boleh mengamalkan normal baharu dengan membawa pen sendiri untuk mengelakkan risiko jangkitan Covid-19.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata aplikasi MySejahtera sehingga kini sudah dimuat turun oleh 752,711 pengguna.

"Kiat galakkan lebih ramai untuk muat turun supaya boleh guna pakai untuk dapat maklumat terkini.

"Mulai 1 Jun akan guna QR code untuk imbas dan sebagainya. Jadi kita akan tambah baik MySejahtera dari masa ke semasa," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain