suria

Lebih mudah, hanya di hujung jari! PPZ- MAWP perkenal pembayaran zakat fitrah online

Pembayaran Zakat Fitrah kini hanya dihujung jari dengan melayari portal fitrah.zakat.com.my.

DALAM usaha untuk memutuskan rangkaian Covid-19, Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) memperkenalkan cara baharu pembayaran zakat kepada orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Ahmad Shukri Yusoff, selari dengan moto 'Memudahkan Anda Berzakat', PPZ-MAIWP telah melancarkan portal pembayaran zakat fitrah secara dalam talian menerusi pautan fitrah.zakat.com.my .

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk di set drama bukan alasan tak bayar zakat, Michael Ang teruja guna khidmat Zakat Ride2U – “Mereka datang, kita settle... selesai”

"Orang ramai kini boleh membuat pembayaran zakat fitrah melalui pautan fitrah.zakat.com.my bagi memudahkan urusan menunaikan kewajipan Rukun Islam ketiga dengan lebih cepat, mudah dan selamat.

"Bagi mengurangkan risiko terdedah kepada wabak Covid-19, pembayaran zakat fitrah hanya boleh dilakukan menggunakan gajet.

"Segala urusan pembayaran, semakan, kiraan zakat serta cetakan resit boleh dilakukan di portal tersebut," ujarnya.

Namun begitu, PPZ-MAIWP peka akan segelintir pengguna yang kurang mahir menggunakan platform digital serta dalam talian. Justeru, Ahmad Shukri memberitahu terdapat lima cawangan kaunter akan dibuka bermula 1 Ramadan ini.



Bagi mengurangkan risiko terdedah kepada wabak Covid-19, pembayaran zakat fitrah hanya boleh dilakukan menggunakan gajet.

"Lima kaunter tersebut ialah di Taman Shamelin Perkasa, Wangsa Maju, Taman Tun Dr. Ismail, Putrajaya Presint 15 Diplomatik dan Labuan.

"Kaunter tersebut akan dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat bermula 9.00 pagi hingga 3.00 petang.

"Kesemua pembayaran di kaunter zakat boleh dibuat secara tunai, cek, kad debit dan kad kredit perbankan Islam," tambahnya lagi.

Selain itu, Ahmad Shukri memberitahu bahawa mereka turut membuka beberapa saluran lain bagi memudahkan urusan pembayaran zakat.

"PPZ-MAIWP telah melantik beberapa ejen sah iaitu 14 perbankan internet, PayHalal, MyEG, Pos Online dan juga pembayaran menggunakan e-wallet melalui U Mobile dan juga Boost.

"Selain zakat fitrah, orang ramai turut digalakkan untuk menunaikan zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat emas, zakat KWSP dan zakat saham sepanjang bulan Ramadan ini bagi mendapat gandaan pahala," jelasnya.

Orang ramai yang ingin membayar zakat boleh layari www.zakat.com.my .

zakat, PPZ-MAIWP, Ramadan

Artikel Lain