“Ambil masa sekurang-kurangnya 2 hingga 4 bulan” - Persatuan guru cadang sifar Covid-19 untuk sekolah dibuka semula

Petugas menjalankan proses penyahkuman atau disinfeksi dalam kelas pada sebuah sekolah sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19. Foto Bernama

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) perlu memastikan wabak Covid-19 benar-benar sifar sebelum memutuskan sesi persekolahan dibuka semula.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan berkata, aspek keselamatan dan kesihatan pelajar serta guru perlu diberi keutamaan bagi mengelak gelombang baharu Covid-19.

Menurutnya, Singapura yang cuba membuka sesi persekolahannya terpaksa akur untuk menutup semula kali kedua berikutan kes Covid-19 yang masih belum berakhir.

"Kami melihat tiada sesi persekolahan baharu dimulakan sehinggalah keadaan benar-benar pulih. Perkara ini mengambil masa sekurang-kurangnya dua hingga empat bulan termasuk satu bulan untuk proses penyah kuman dan nyah infeksi agar sekolah benar-benar bebas dari wabak bahaya ini.

"Segala operasi mesti tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Sementara itu beliau menyarankan pembelajaran digital perlu dioptimumkan dan dimaksimumkan seperti e-learning (google classroom/ WhatsApp/ Telegram/ EduWeb/ Cikgootube) serta meningkatkan akses penyampaian ilmu melalui siaran televisyen pendidikan (TV Okey) yang sedang dilaksanakan oleh KPM.

"Untuk itu, kerajaan juga perlu meningkatkan capaian internet di kawasan luar bandar serta menyediakan insentif bantuan peranti pintar kepada murid-murid yang benar-benar memerlukan.

"Malah jika sesi persekolahan dibuka seawal Jun, pihak KPM hendaklah mengutamakan pelajar dari kelas peperiksaan dan hanya berfokus kepada subjek-subjek yang memerlukan bimbingan guru terutama Sains dan Matematik," katanya.

Mohd Azizee berkata, KPM boleh mempertimbangkan untuk menjadikan dewan orang ramai atau tadika-tadika milik kerajaan untuk dijadikan pusat pembelajaran supaya pergerakan murid terhad untuk 10 sehingga 30 orang.

Tambahnya, ia juga memastikan agar tiada pergerakan melebihi 5 kilometer serta menentukan guru-guru tertentu yang berdekatan untuk mengajar dalam tempoh masa yang singkat antara dua hingga empat jam dengan tempoh dua atau tiga hari seminggu.

"Selebihnya pembelajaran dijalankan secara atas talian. Perlu juga dirombak semula jadual peperiksaan utama serta menstruktur format soalan yang bersesuaian.

"Pihak Lembaga Peperiksaan boleh menentukan subjek tertentu diuji secara atas talian dan selebihnya dilaksanakan di pusat peperiksaan dengan SOP yang ditetapkan," katanya.

Beliau turut mencadangkan semua aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang melibatkan 'mass gathering' dibatalkan demi memastikan keselamatan semua murid dan guru terjaga dengan penjarakkan sosial. - Sinar Harian

sifar, Covid-19, sekolah, iGuru

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain