Malaysia tepati tanda aras ujian Covid-19 WHO, akan teliti pencapaian 10 April ini sebelum putuskan tindakan lanjut - Dr Noor Hisham

Malaysia menepati tanda aras yang digariskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam melaksanakan ujian saringan bagi wabak Covid-19.

MALAYSIA menepati tanda aras yang digariskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam melaksanakan ujian saringan bagi wabak Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Malaysia kini mencapai 7.2 peratus bagi keseluruhan 43,406 ujian yang dilakukan setakat ini, di mana ia menghampiri tanda aras yang yang ditetapkan pertubuhan itu iaitu 10 peratus.

ARTIKEL BERKAITAN: WHO jangka kes Covid-19 di Malaysia capai puncak pertengahan April, pesakit kritikal bertambah minggu depan

"WHO telah keluarkan satu laporan dan laporan itu penting, sekiranya kita melaksanakan ujian dan banyak ujian kita positif, ini bermakna banyak kes belum dikesan dalam komuniti.

"Sekiranya tanda aras baru disasarkan WHO adalah setiap 10 ujian yang dilaksanakan, kalau kita ada satu kes positif (dalam 10 ujian) bererti mencapai tanda aras 10 peratus.

"Kalau kita lihat ujian yang kita buat adalah 43,406 dan yang positif adalah 3,116. Ini bermakna kadar peratus kes positif setakat ini 7.2 peratus iaitu hampir 10 peratus (yang ditetapkan WHO).

"Bermakna kita termasuk dalam tanda aras WHO yang laksanakan ujian mencukupi untuk komuniti tersebut," ujarnya dalam sidang media pada Khamis.

Dr Noor Hisham berkata demikian sebagai mengulas persoalan sama ada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah melaksanakan ujian yang mencukupi setakat ini.

Dalam sidang media yang sama, Dr Noor Hisham turut mengulas jangkaan WHO yang menyatakan Malaysia akan mencapai kemuncak kes Covid-19 pada pertengahan bulan ini.

Menurut beliau, keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2 akan dilanjutkan atau sebaliknya, adalah bergantung kepada penilaian pencapaian yang akan dilakukan pada 10 April, iaitu empat hari sebelum PKP berakhir iaitu 14 April ini.

"Kita jangka PKP berakhir 14 April tetapi berkemungkinan pada 10 April beberapa hari sebelum habis, kita akan lihat performance berdasarkan data.

"Walaupun semalam saya kata ada tanda awal menunjukkan improvement tapi sangat awal untuk buat kesimpulan.

"Dalam dua minggu ini adalah tempoh yang genting untuk kita landaikan lengkuk (flatten the curve)," ujarnya sambil mengulangi saranan supaya rakyat negara ini terus kekal di rumah, membasuh tangan dan mengamalkan penjarakkan sosial.

KKM, WHO, tanda aras

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain