suria

Covid-19: Hanya seorang dibenarkan keluar rumah - Fadillah

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan sekatan jalan raya Op Covid-19 susulan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Foto Bernama

SUSULAN Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuat kuasakan sejak 18 Mac hingga 31 Mac, kerajaan menetapkan hanya seorang dibenarkan keluar rumah untuk urusan penting sepanjang tempoh itu.

Menteri Kanan (Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, mereka hanya dibenarkan keluar untuk pembelian barangan keperluan dan ubat-ubatan.

“Yang dibenarkan keluar untuk beli barang keperluan atau ubat-ubatan, hanya seorang atau ketua keluarga, itu panduan asas.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya minta tolong untuk tempoh 2 minggu ini saja” – Tolonglah! PM rayu ‘stay at home’... jangan balik kampung

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: PM umum Perintah Kawalan Pergerakan mulai Rabu

“Kalau terpaksa membawa orang, dia kena beri penjelasan kepada pihak polis, dan itu atas budi bicara. Tapi secara dasar, hanya seorang boleh dibenarkan.

“Tapi misalnya berlaku kematian, dan ini perlu dijelaskan kepada pihak polis,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri-menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada tengah hari Sabtu.

Beliau bagaimanapun mengulangi gesaan supaya semua pihak hanya berada di luar atas tujuan penting.

“Seboleh-bolehnya kurangkan pergerakan di luar rumah. Hanya keluar bila perlu.

“Dan bila keluar, ikuti garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan... keluar hanya perlu, cuci tangan, jaga kesihatan dan jaga jarak atau social distancing,” kata Fadillah.

Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara, berkuat kuasa pada 18 Mac hingga 31 Mac, bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain