suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kenderaan VIP masuk Istana Negara susulan desas-desus gabungan kerajaan baharu

Istana Negara di Kuala Lumpur.

BEBERAPA kenderaan dilihat memasuki Istana Negara melalui Pintu Tiga susulan desas-desus mengenai pembentukan gabungan kerajaan baru, pada Ahad.

Kira-kira 20 kenderaan yang terdiri daripada sedan mewah dan kenderaan pelbagai guna (MPV) dilihat di kawasan istana pada pukul 5.40 petang.

Sementara itu, pengamal media berkumpul berhampiran Pintu Satu dan Pintu Tiga.

ARTIKEL BERKAITAN: Mukhriz bersuara tentang mesyuarat Bersatu - “Kita hanya bincang hal dalaman parti”

Empat lagi kereta VIP termasuk kenderaan pengiring memasuki istana pada pukul 6.15 petang.

Tiga kenderaan VIP dipasang dengan plat nombor pendaftaran Sarawak.

Difahamkan, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dipercayai ia mempunyai kaitan dengan siri mesyuarat yang diadakan oleh beberapa parti pada Ahad. - The Star

Istana Negara, VIP

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia