suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Waktu solat Subuh alami perubahan lapan minit bermula Jumaat

Waktu solat Subuh bagi seluruh Selangor akan mengalami perubahan bermula Jumaat iaitu ia akan ditambah selama lapan minit berbanding takwim asal.

WAKTU solat Subuh bagi seluruh Selangor akan mengalami perubahan bermula Jumaat iaitu ia akan ditambah selama lapan minit berbanding takwim asal.

Menurut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), ia susulan hasil kajian kecerahan langit pada waktu Subuh yang dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama penyelidik Universiti Malaya (UM).

ARTIKEL BERKAITAN: Peperiksaan PSRA di Selangor tetap dijalankan esok - Jais 

Perubahan berkenaan disebabkan penukaran nilai kedudukan matahari bagi kiraan waktu Subuh daripada 20 darjah di bawah ufuk kepada 18 darjah.

“Perkara ini sudah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) ke-116.

“Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga sudah memperkenankan perubahan waktu solat untuk dikuatkuasakan,” kata JAIS dalam satu kenyataan pada Khamis.

Jais, takwim, Subuh, solat

Artikel Lain