suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Macam ‘air terjun’, kebocoran bangunan akibatkan ribuan berpindah keluar dari Komtar

Keadaan air melimpah di bangunan Komtar.

RIBUAN penjawat awam terpaksa berpindah keluar dari Komtar di Pulau Pinang apabila tingkat 61 bangunan itu 'banjir' akibat kebocoran paip pada Jumaat.

Menurut penjawat awam, Mahfuzah Jalaludin yang bekerja di tingkat 53 berkata, mereka diarahkan oleh anggota keselamatan supaya berpindah keluar dari bangunan itu pada kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

"Kami ingatkan latihan kecemasan kebakaran, tapi bila kami keluar semua lantai dibanjiri air," katanya.

Kebocoran itu dilaporkan berlaku semasa kerja penyelenggaraan yang dijalankan oleh badan pengurusan Komtar, PDC Setia Urus.

Menerusi klip video yang dikongsikan menunjukkan air melimpah melalui tangga seperti air terjun.

Komtar, kebocoran, air terjun

Artikel Lain