suria

Lelaki 49 tahun patah kaki tersepit eskalator pusat beli-belah

Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

SEORANG lelaki patah kaki selepas terperangkap dalam eskalator di sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pusat operasi mereka menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.01 pagi, Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Malang! Wanita nyaris ‘ditelan’ eskalator rosak di Stesen LRT KL Sentral

"Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa Mohd Zuhair Faisal Zulkifli, mereka menemui mangsa iaitu lelaki Cina berusia 49 tahun yang m ana kakinya terperangkap dalam eskalator sewaktu tiba pukul 10.06 pagi," ujar kenyataan itu.

Mangsa yang mengalami patah kaki dihantar untuk rawatan ke Hospital Kuala Lumpur. - The Star.

Artikel Lain