Harga RON97 turun 2 sen, RON95 dan diesel kekal - Semasa | mStar

Harga RON97 turun 2 sen, RON95 dan diesel kekal

Harga baharu RON97 bermula awal pagi Sabtu.

HARGA runcit bagi minyak petrol RON97 turun sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM2.56 seliter kepada RM2.54 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter manakala harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.

“Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM),” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.24 seliter dan RM2.33 seliter.

Bagaimanapun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalam dalam tempoh 3 Ogos sehingga 9 Ogos depan adalah berjumlah RM85.78 juta.

Harga minyak , RON97 , RON95

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain