suria

Kanak-kanak lelaki hilang selepas keluar bermain

Zahiruddin tidak pulang ke rumah selepas keluar bermain pagi Isnin.

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dipercayai hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Seri Dahlia, Bandar Seri Putra petang Isnin

Kanak-kanak itu dikenali sebagai Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, 8, dikatakan keluar dari rumahnya untuk bermain kira-kira 8 pagi Isnin.

Ibu mangsa Sainih Sunding, 46, berkata anak bongsu daripada lima beradik itu tidak pergi ke sekolah dan keluar untuk bermain dengan rakan.

"Saya sedar kehilangannya selepas dia tiada di tempat bermain dan sekitar kawasan sekitar rumah bila saya pulang ke rumah dari tempat kerja," katanya yang bekerja sebagai pencuci ketika dihubungi Bernama.

Sainih berkata jiran memaklumkannya yang Muhammad Zahiruddin telah ke kedai berhampiran pada waktu tengah hari dan kali terakhir dilihat bermain dengan rakan di sekitar kawasan kejiranan itu.

Susulan itu, satu laporan polis berhubung kehilangan anaknya itu dibuat di Balai Polis Bandar Seri Putra.

Katanya Muhammad Zahiruddin kali terakhir dilihat memakai baju kemeja T berwarna hitam dan seluar panjang berwarna biru.

"Saya amat bimbang dengan keselamatan anak saya kerana dia tidak pernah tidak pulang ke rumah," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Mohd Zahiruddin diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut. 

Kanak-kanak, hilang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain