suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penduduk sukar bernafas, Miri jerebu akibat kebakaran hutan

KEADAAN waktu malam Sabtu dan awal pagi Ahad di Miri, Sarawak kelihatan berjerebu.

Bahagian tengah dan pinggir Miri mengalami kabut asap akibat kebakaran hutan di kawasan pinggir bandar itu.

Berdasarkan semakan The Star, jarak penglihatan dikurangkan kepada hanya 100 meter di beberapa kawasan perumahan dan komersial, terutama di Pujut hingga ke Lutong.

Udara dipenuhi dengan bau asap yang kuat, menyebabkan ribuan penduduk di bandar itu dengan populasi 350,000 orang mengalami kesukaran bernafas.

Sarawak menghadapi masalah kebakaran hutan di beberapa daerah pusat dan utara.

Di bahagian utara, terdapat kebakaran di daerah Miri, Limbang, Marudi dan Bekenu serta di Taman Negara Similajau.

Bagi kawasan kebakaran di bahagian pula di Mukah dan Kapit.

Kebakaran hutan di Sarawak bermula sejak awal Mac. - The Star

jerebu, Miri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain