suria

Tiada persefahaman punca Rara berpisah talak satu

Rara sah bercerai talak satu.

AHLI Dewan Undangan negeri (Adun) Ketari, Young Syefura Othman sah bercerai talak satu dengan suaminya Muhamad Masyhur Abdullah dalam satu prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pagi Khamis.

Prosiding lafaz cerai itu diucapkan Muhamad Masyur terhadap Young Syefura atau lebih dikenali sebagai Rara, 30, dihadapan Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah.

Sebelum prosiding dimulakan, Mohd Saifullah bertanyakan alasan penceraian tersebut dan Muhamad Masyur menyatakan beliau mengemukakan permohonan cerai itu kerana tiada persefahaman dalam rumah tangga mereka.

"Tiada persefahaman dan segala usaha untuk menyelamatkan perkahwinan tidak berhasil," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rara nikahi 'TheKluangMan'

Rara yang berbaju kurung dan bertudung hitam dilihat tenang dan bersahaja sepanjang prosiding berlangsung dan pasangan itu dilihat hadir bersama ke mahkamah.

Muhamad Masyur mengemukakan permohonan cerai tersebut mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Adun dari DAP itu berkahwin dengan Muhamad Masyur yang merupakan seorang pengurus pelaburan pada 24 September 2016 dan pasangan itu tiada cahaya mata. - Sinar Harian 

Rara, cerai

Artikel Berikut

Artikel Lain