“Acik... Aleya dah mati” - Anak suspek terlepas cakap kepada ibu mangsa - Semasa | mStar

“Acik... Aleya dah mati” - Anak suspek terlepas cakap kepada ibu mangsa

KATA-KATA "Acik…Aleya dah mati" oleh anak keempat pasangan suami isteri suspek utama kes kematian Nur Aisyah Aleya Abdullah telah mencetus persoalan kepada ibu kanak-kanak malang itu tentang keberadaan anaknya.

Rosmaliah Samo, 31, berkata, ayat tersebut didengarinya semasa dia bermain-main bersama anak lelaki pasangan itu ketika berada di rumah mereka di Kuarters Hospital Langkawi.

“Pada 23 Feb lalu, pasangan suami isteri itu datang mengambil saya untuk pulang ke rumah mereka di kuaters tersebut. Pada hari yang sama, anak mereka melontarkan ayat tersebut kepada saya, pada mulanya saya memang tidak syak apa-apa cuma perasaan sedikit gusar dalam masa yang sama ada terfikir mungkin apa yang dikatakan budak tersebut betul.

“Keesokkan harinya saya bertanya kembali soalan kepada kanak-kanak tersebut, kali ini saya terima jawapan berbeza iaitu Aleya diserahkan kepada orang lain untuk dijaga,” katanya ketika ditemui di sini Rabu.

Rosmaliah berkata dia berada di rumah pasangan tersebut bermula 23 hingga 27 Feb, dalam tempoh lima hari tinggal di sana dia tidak pernah sekalipun melihat kelibat anak keduanya itu hingga pada satu ketika ada terfikir anaknya itu memang sudah mati.

“Saya ada bertanya dengan suspek lelaki tersebut beberapa kali di mana anak saya, namun jawapan yang diberikan Aleya diserahkan kepada orang lain untuk dijaga,” katanya.

Rosmaliah berkata beliau kemudian pulang ke asrama tempat tinggal pada 27 Feb, namun pasangan itu datang mencari serta memaksanya untuk kembali pulang ke kuarters tersebut pada hari berikutnya.

“Saya kemudian beri amaran supaya serahkan kembali Aleya dalam tempoh dua hari ataupun laporan polis akan dibuat,” katanya sambil menambah kali terakhir berjumpa anaknya itu ialah pada 27 Jan lalu.

Bagaimanapun, katanya, selepas pasangan itu gagal untuk memulangkan anaknya, beliau mengambil keputusan untuk membuat laporan polis, Ahad lalu.

Beliau berkata polis memaklumkan bahawa pasangan itu tiada di rumah dan pemeriksaan di hospital tempat kerja wanita itu mendapati dia telah mengambil cuti kecemasan untuk pulang ke kampung.

Menurutnya, selepas itu beliau dimaklumkan bahawa pasangan itu ditahan polis di Ampang, Selangor, petang Selasa.

Rosmaliah berkata sepanjang tinggal bersama pasangan tersebut sekitar November hingga Januari, beliau ada beberapa kali melihat suspek lelaki itu memukul anaknya malahan pernah sekali melihat lelaki itu mencucuh puntung rokok di lengan anaknya.

“Dalam tempoh dua minggu awal tinggal bersama mereka, lelaki itu ok aje…tidak pukul atau buat sebarang perkara lain tetapi semakin lama perangainya berubah dan saya pernah nampak di tampar Aleya di depan mata saya, cubit lengan, cucuh puntung rokok dan lambung anak saya itu tinggi-tinggi.

“Banyak kesan lebam di tangan anak saya itu. Bila saya tegur dia marah kembali dan ugut pula untuk buat laporan mengenai saya yang tiada sebarang pengenalan diri, jadi saya pula rasa takut,” katanya.–Bernama

Aleya , Langkawi , Rosmaliah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PH tak gentar Umno 'kahwin' PAS

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain