suria

Sivarraajh gagal batal keputusan SPR larang tanding PRK

C. Sivarraajh.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini Khamis menolak oleh bekas anggota Parlimen Cameron Highlands, Datuk C. Sivarraajh untuk membatalkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarangnya (EC) daripada bertanding dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands atau mengundi dalam mana pilihan raya selama lima tahun selepas mendapati dia terlibat dalam amalan rasuah semasa pilihan raya umum.

Hakim Datuk Nordin Hassan memutuskan bahawa keputusan SPR dalam surat bertarikh 28 Dis, 2018, adalah mengikut undang-undang dan tidak ada yang tidak sah atau tidak rasional dengan keputusan itu.

“Oleh itu, permohonan bagi semakan kehakiman oleh pemohon (Sivarraajh) ditolak dengan kos RM5,000,” kata beliau.

Nordin berkata SPR membuat keputusan itu selepas meneliti keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang diputuskan pada 30 November, 2018 dan laporan dari hakim Mahkamah Pilihan raya bertarikh 13 Disember tahun lepas, menurut Seksyen 37 Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Beliau berkata membaca laporan itu secara menyeluruh, laporan tersebut telah memenuhi keperluan Seksyen 37(1)(a)(i) dan (ii) Aklta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Laporan itu secara keseluruhan menunjukkan amalan rasuah telah dilakukan dengan pengetahuan dan keizinan pemohon,” kata beliau.

Hakim membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan oleh peguam A. Vasanthi yang mewakili Sivarraajh dan Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan yang mewakili SPR.

SPR telah menetapkan 12 Januari sebagai hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu, 22 Januari bagi mengundi awal dan 26 Januari sebagai hari mengundi.

Pada 31 Disember tahun lepas, Sivarraajh, 43, memfailkan permohonan kepada mahkamah dengan menamakan SPR sebagai responden tunggal, memohon perintah untuk membatalkan keputusan SPR yang tidak membenarkan beliau bertanding atau mengundi dalam mana-mana pilihan raya selama lima tahun bermula 13 Disember 2018.

Beliau juga memohon pengisytiharan bahawa laporan hakim Mahkamah Pilihan Raya bertarikh 13 Disember 2018 kepada SPR adalah tidak sah kerana tidak mematuhi peruntukan Seksyen 37(1)(a)(i) dan (ii) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Seksyen tertentu itu merujuk kepada “sama ada apa-apa amalan rasuah atau menyalahi undang-undang” telah atau belum dibuktikan telah dilakukan oleh atau dengan pengetahuan dan restu mana-mana calon pada pilihan raya, atau oleh ejennya, dan bentuk amalan rasuah atau menyalahi undang-undang itu, jika ada; dan nama dan deskripsi semua orang, jika ada, yang telah dibuktikan pada perbicaraan itu telah bersalah atas apa-apa amalan rasuah atau menyalahi undang-undang”.

Sivarraajh juga memohon pengisytiharan bahawa keputusan SPR itu adalah tidak sah dan bersifat supresif terhadapnya dan memohon ganti rugi am dan ganti rugi khas.

Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November tahun lepas 30 membatalkan kemenangan Sivarraajh di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) selepas mendapati wujud amalan membeli undi semasa kempen pilihan raya.

Sivarraajh tidak merayu terhadap keputusan itu. - BERNAMA

C. Sivarraajh, SPR, Cameron Highlands

Artikel Lain